Thursday, May 27, 2010

Utk renungan dan pengajaran semua..Asal Usul April Fool


 

Assalamualaikum..


 

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan

bersama.


 

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan

budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.


 

Kepala  mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.Bahkan  sewaktu  memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka  rancangan  'penganiayaan'  ini. Yang  penting mereka puas melihat  muka  mangsa-mangsa  mereka  merah padam kerana dipermain-mainkan.


 

Bagaimanapun,  tanpa  mereka  sedari,  kadang  kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.


 

Sewaktu   zaman   persekolahan   dahulu,  penulis pernah  terbaca  tentang suatu  terjadi  yang  berlaku  pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang  agama,  telah  mengucapkan  'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya   dengan   niat   untuk  melawak. Isterinya  yang  pada  mulanya terpinga-pinga   terus   meraung  apabila  si  suami dengan  muka  selamba kemudiannya  mengucapkan  'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk   meraung   apabila   diberitahu   bahawa talak   yang   dilafazkan telah pun jatuh!!!


 

Berbalik  kepada  perayaan  April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia

mula  dirayakan  sewaktu  kejatuhan  kerajaan  Islam di  Sepanyol. Setelah

bertapak  berkurun-kurun  lamanya  si  Granada, Sepanyol,  kerajaan  Islam

akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam

di  Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk

menyelamatkan  diri.  Tentera-tentera  Kristian bagaimanapun tidak berpuas

hati  dan  berusaha  untuk  menghapuskan orang-orang  Islam  dr  Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar

dari  Sepanyol  dengan  selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka

dengan  menggunakan  kapal-kapal  yang  berlabuh di perlabuhan. Orang-orang

Muslim yang risau sekiranya  tawaran  tersebut merupakan   suatu penipuan,

telah  pergi ke perlabuhan  untuk  melihat kapal-kapal  yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati,  mereka  membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan

harinya (1April), mereka  mengambil  semua  barangan yang  telah disiapkan

lalu  menuju ke perlabuhan.


 

Pada  masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan

kemudian  membakar  rumah  penduduk-  penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat   untuk  menaiki  kapal  kerana  semuanya dibakar.  Pihak  Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh  kesemuanya, lelaki,  perempuan, serta anak-anak kecil.


 

Peristiwa berdarah  yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera

Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga  di  serata  dunia.  Yang menyedihkan,  orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa  menyedari  mereka  sebenarnya  merayakan ulang  tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


 

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


 

Petikan  drpd  Risalah  Fikrah  -  Peliharalah Allah,  nescaya  Allah akan

memelihara kamu ......rawahu ttirmizi Illal Liqaq


 


 

No comments:

Post a Comment

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails