Tuesday, May 25, 2010
untuk mereka yang tersayang..
buat insan yang teristimewa....jauh kurenung sebuah nostalgia yang masih segar dingatanku ini sebuah kalam rindu kulafazka buat kau yang sering memberi harapan padaku ..
buat yang sudah pergi lafazkanlah doa pada mereka moga sinar dari anak yang soleh mampu mengubah raut muka mereka...sinar mentari takkan kekal pasti malam akan menganti...buat mereka yang masih ada jagalah sebaik mungkin sebelum mereka belayar menyambung perjalanan mereka kedestinasi seterusnya..
jauh ku diperantauan ini sering merinduimu benar kata orang bila dekat menjadi jauh, bila jauh menjadi dekat . itulah perasaan yang dialamiku sebak didada mula berkunjung mengingati mereka yang banyak membantuku dalam sukar menjadi teman dalam duka. tidak ku erti akan ini kerana aku takpernah faham namun kini kuerti akan maksud ini ampunilah dosaku ini.
pilu itu pasti kan datang bagi mereka yang senantiasa menghargai...kita perlu bersyukur kerana diberi waktu untuk bertemu hargailah waktu itu sebelum malam datang menganti eloklah kita hias takut malam tiada waktu untuk kita selesaikan.
manisnya sebuah peristiwa mengajarku untuk menghargai erti sebuah rindu bagi anda yang tiada rasa telanlah seupayanya takut kalian tiada waktu untuk itu. jangan menanti hiba dipenghujung pasti hanya sesalan yang kalian nikmati.
sering kulihat putih matamu ketika ku bertatih mengenal dunia melihat dunia hadapan beribu harapan kelak aku juga orang yang berbakti pada mereka. malam kubermimpi erat tangan ku mengengam jari jemarimu itu. beribu rahsia kau sembunyi dariku agar kuselesa hanya senyuman kau sembahkan padaku agar tenang dalam perantauan ini.
buat yang tak sempat jangan anda terasa sesal anda masih ada waktu untuk anda lalui masih panjang perjalanan anda untuk melihat kau pada masa akan datang. jagalah sebaik mungkin agar dapat menebus masa kalian yang telah berlalu sebelum anda pula yang melabuh tirai.
mengalir sebuah ingatan hanya senyummu memberi semangat tak putus doaku panjatkan mengalir sebuah ingatan melimpah sejadahku mengingati kalam mu dihujung lambaian kau padaku tak tertahan sabak ini mengisi kalbuku ini pada kau sang pencipta jagalah mereka untuk ku sempatkan waktu untuk ku membalas agar terubat sebuah dosa lama....ampunilah dosaku ini...titip sebuah memori.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment