Saturday, May 15, 2010

Kebenaran Islam - Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1 (The Key To Kingdom Of Heaven)


Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).



Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung' (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.

Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Para pengikut Freemason sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.


Juga, para pengikut Kristian juga tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung'.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis?. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah - Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi




Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

Konspirasi Dunia - World Trade Center 9/11


Apakah cerita sebenarnya di sebalik kejadian 9/11?, di sini saya akan mengupas mengenai konspirasi WTC 9/11 ini dan tujuan sebenar mereka merancang dan mencipta tragedi WTC. Tragedi ini juga telah membuka mata masyarakat dunia terutama di bahagian eropah dan Amerika Syarikat sendiri, betapa mereka telah diperbodohkan. Inilah peristiwa yang menjadi titik mula kebangkitan Islam. Ramai penduduk Amerika Syarikat dan Eropah yang memeluk Islam selepas peristiwa ini.

Pihak Illuminati dan Freemason mempunyai 4 tujuan daripada peristiwa 9/11 ini.

1. Mencabar kuasa Allah
. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka 'skip' no 10 ini kerana no 10 melambangkan kesempurnaan. Hanya Allah sahaja yang bersifat sempurna. Jadi mereka 'skip' bilangan no 10 itu. 9, 11. Tiada no 10 di situ. Mereka juga menerapkan 911 ini dalam kehidupan mereka seharian. Di Amerika Syarikat, untuk panggilan kecemasan mereka perlu mendail 911 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.


2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah.


3. Untuk mempengaruhi politik dunia untuk rancangan terakhir New World Order.

Mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 dijadikan alasan untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan menjadikan Israel sebagai kuasa utama dunia dalam persediaan menyambut kedatangan The False Messiah - Dajal.

4.To Create One of the Darkest Stargates.
Ini saya akan terangkan balik. (berkaitan dengan kepercayaan sihir Freemason/ Illuminati)

Di sini saya ingin menerangkan mengenai tujuan ke-2, iaitu Simbol kemusnahan Kaabah.

Kaabah adalah pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Apa itu tenaga? Saya terangkan sedikitt tentang tenaga-tenaga ini.

Terdapat 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu:
1. Minda.
2. Tubuh Badan.
3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham mengenai potensi diri, anda tidak akan faham pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa akan anda temui? Atom, elektron, proton. Apa makna ini semua? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kite boleh dipengaruhi oleh tenaga diseliling dan yg paling penting kite boleh mempengaruhi tenaga diseliling kita.

Kita boleh mengeluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga itu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya.

Sebab itulah kita akan berasa amat selesa apabila dikelilingi tenaga positif alam yang diciptankan-Nya. Sebaliknya apabila kita berada di kawasan bandar tubuh badan kita merasa tidak selesa dan sering kerana kebanyakan tenaga yang dihasilkan adalah negatif.

Cuba kita peramati bersama, kita akan berasa selesa, tenang apabila kita berada di dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan. Kepada sesiapa yang pernah menjejakan kaki di Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang sukar digambarkan. Kerana kuasa positif yang terhasil di Mekah begitu banyak dan tinggi.

Berbalik pada konspirasi dunia. Di tengah-tengah WTC terdapat sebuah monumen. The Sphere

The Sphere

It was meant to symbolize world peace through world trade, and was placed at the center of a ring of fountains and other decorative touches designed by trade center architect Minosoru Yamasaki to mimic the Grand Mosque of Mecca, Masjidil Haram, in which The Sphere stood at the place of the Kaaba. It was set to rotate once every 24 hours, and its base became a popular lunch spot for workers in the trade center on days with good weather.

Petikan ini diambil dari wikipedia. Ini bermaksud mereka telah cuba menjadikan The Sphere sebagai Kaabah dan mereka memusnahkannya semasa kejadian 9/11 itu. Untuk mengetahui "The Sphere" dengan lebih lanjut klik disini.

Dengan musnahnya WTC, maka monumen itu turut musnah. Kenapa Kaabah? Adakah mereka mencabar dan tercabar dengan kuasa Allah. Atau ia melambangkan kemusnahan kaabah sebagai tanda kiamat. Allah s.w.t turut merakam kejadian ini didalam al quran.

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
|Qs 9. At-Taubah: 109|

WTC yang telah runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam surah At-Taubah ayat 109 yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebagai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR. Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109
. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat. Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah terdapat 2001 ayat. SubhaanAllah, ternyata Allah telah memberikan khabarNya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa Sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
|Qs 41. Fushshilat: 53|

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails