Memboikot barangan (product Yahudi dan Barat) yang mana bukan keperluan kita, itu adalah satu bentuk jihad dan sebenarnya kewajipan.
Yahudi bukan sahaja musuh Islam, bahkan musuh dunia keseluruhannya.
(Syeikh al mujahid Dr. Yusuf al-Qardhawi)
Contoh barang-barang (product) tersebut adalah seperti:
- Rokok, Dadah, Arak dan Judi.
- Makanan: KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Coca-Cola, Pepsi…
- Hiburan-hiburan yang jelas lagi nyata menolak dan meninggalkan batas-batas Islam.
- Pakaian-pakaian dan fesyen…
Cukuplah dengan 4 contoh yang paling utama.
Bagaimana Dan Kenapa:
- Berhentilah Merokok, tidakkah anda kenal dengan Dunhill, Winston, Marlboro, Camel, Lucky Strike, Perrilys (semuanya kepunyaan Yahudi dan Barat) dan Alfred Dunhill serta Philip Morris pula ialah orang Yahudi yang terkenal dengan product Dunhill dan rokoknya.
- Dengan merokok, secara automatiknya kita akan mengeluarkan wang kita untuk membeli produk Yahudi dan Barat ini.
- Jadi, disimpulkan di sini (berdasarkan sumber-sumber Ulama dunia Islam), pengharaman merokok dalam Islam dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian:
- Merokok (membeli) membantu pembangunan ekonomi Yahudi dan secara tidak langsung, kita turut menjadi asset utama kepunyaan Yahudi dalam membantu mereka memerangi umat Islam (saudara kita sendiri). Mengapa harus membazirkan wang untuk membunuh orang.
- Hukum membazir dan melakukan perkara yang sia-sia adalah haram dan ianya merupakan sifat-sifat syaitan. Diterangkan dalam (Al-Baqarah: 195), (Al-Israa': 26-27).
- Rokok membahayakan kesihatan. Haram hukumnya merosakkan tubuh badan sendiri. Apabila anda merokok, secara tidak langsung dan sengaja, anda juga membahayakan kesihatan orang lain, ianya juga haram. (An-Nisa': 29).
- Dari segi product keluaran mereka yang lain-lainnya pula, para ulama Islam menyeru kita supaya berhenti memilih makanan yang diasaskan oleh Yahudi Dan Barat. Ini kerana apabila kita menjadikan product mereka sebagai pilihan, secara tidak langsungnya, anda adalah asset kemajuan dan pembangunan ekonomi mereka. Anda juga turut terlibat dalam proses membantu kekejaman mereka terhadap umat Islam serta penaklukan mereka terhadap dunia.
- Islam tidak mengharamkan untuk kita berhibur, tetapi bentuk hiburan itu sendirilah yang menjadikannya haram. Yahudi dan barat, berusaha sedaya upaya merosakkan pemikiran kita melalui hiburan yang melalaikan. Hiburan yang nyata melanggari batas Islam, adalah 100% asalnya bawaan Barat dan Yahudi yang mana merupakan salah satu bentuk usaha mereka untuk menjatuhkan kita (umat Islam di dunia) secara halus. Sehinggalah kita tidak lagi mempedulikan isu-isu dan masalah aurat serta pergaulan. Dan malahan menjadikan kita sesama sendiri saling berbalah berkenaan isu ini. Tidakkah anda sedar bahawa Yahudi dan Barat telah berjaya mengusai diri kita apabila kita tidak lagi peduli akan kewajipan kita terhadap aurat, pergaulan, dan baru-baru ini isu solat (pengabaian solat oleh lebih 80% umat Islam di Malaysia). Baru-baru ini juga, siaran televisyen di Malaysia, dibanjiri oleh program-program yang kononnya rancangan reality tv dan mencari bakat baru. Anda sendiri yang menontonya dan mungkin termasuk saya sendiri, tidakkah sedar, bahawa Islam tidak menuntut dan menggalakkan itu semua. Meratap, menangis, berpelukan dan banyak lagi yang terang-terangan memijak-mijak budaya Islam di atas pentas yang ditayangkan ke seluruh Malaysia. Apabila tiada lagi orang yang membantah perkara ini yang mana suatu penghinaan terang-terangan terhadap umat Islam dan sebuah Negara berasaskan Islam ini, tidak pernahkah anda terfikir bahawa ideologi Yahudi dan Barat ini telah berjaya dengan cemerlangnya menjajah pemikiran kita. Sehinggalah berlakunya kepada kita pengabaian solat, permasalahan pakaian (aurat), pergaulan dan hiburan Islam. Kita juga turut mengabaikan erti dan tujuan kehidupan kita yang sebenar sebagai seorang Islam, yang mana kita dikehendaki mengejar Ilmu Allah dan menjadi hamba yang beriman (taat). Hanya dengan ilmu dan iman, kita akan mempunyai kekuatan untuk bersaing menentang Yahudi dan Barat.
- Seterusnya masalah pakaian dan fesyen, terang-terangan kita sering mendewa-dewakan product dan fesyen pakaian barat yang jelas tidak memenuhi ciri-ciri pakaian seorang Islam (selagi memenuhi tuntutan Islam masih dibolehkan namun seelok-eloknya tolaklah product mereka). Aurat bukan lagi satu kepentingan sebagai seorang Islam, tetapi gaya, fesyen, dan style adalah lebih utama. Lihatlah betapa teruknya pengaruh barat telah meresap ke dalam pemikiran umat Islam Malaysia. Mengapa kita tidak mahu sedar! APAKAH MAHU TERUS MENUNGGU KEMUSNAHAN DIRI DAN TURUNNYA BENCANA…
"Tidaklah senang orang-orang Yahudi Dan Nasrani kepadamu, sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah, Itulah petunjuk yang sebenarnya. Sungguh kalau engkau mengikuti kemahuan mereka setelah ilmu datang kepadamu, engkau tidak akan mendapat dari Allah perlindungan mahupun pertolongan". (Al-Baqarah: 120).
Yahudi adalah musuh yang terang lagi nyata… DAN BARANGSIAPA TERUS MENGIKUT JEJAK LANGKAH MEREKA MAKA TUNGGULAH…
No comments:
Post a Comment