Wednesday, May 26, 2010

jenaka ringanSumbangan asue pada Friday, April 02 @ 21:56:31 MYT


 

Assalamualaikum. Buat semua sahabat asue, yang mana rasa tensen@ tu, silalah melebarkan senyuman anda pada hari ini ye. jangan rasa tensen2, nnt keje kita byk yang tk sempurna. rileks-rilekskan kepala dan senyumlah lebar2 ye. semoga terhibur semua..



Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila
sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak
membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar
negara..!" kata bos

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas
meja
itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni
kita
tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang
ini"



MENIRU

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan
kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan
sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu
menuduh begitu?
Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim:A.SAMAD SAID
Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam:Laa...jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku
kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah
tentu
ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua:Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan:Di mana A.Samad Said dilahirkan! ?
Jawapan Azim:SINGAPURA
Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid
sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak
saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang
sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!


3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi,
pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'
yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang...
saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"


PRAKTIKAL PSIKOLOGI

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah
hotel.....

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki
muda yang menghampirinya.

"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja
minuman......" jawab pemuda itu.

"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat
kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar. Merasa ditolak, dengan
perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan.
Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu.
"Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah
seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku
manusia
di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan. Si
laki-laki menatap dengan tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat
kerasnya,

Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang
putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?"

Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil
menggelengkan
kepala dan lebih mencebik sini.

Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.

No comments:

Post a Comment

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails