Saturday, May 29, 2010

Kesaksian Seorang Rahib

Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat, berkatalah Maisarah, kepala rombongan: "Hai Muhammad, pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah. Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!"

Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya, tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya terucap suara kecil: "Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku."

Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa, sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.

Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.

Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh. Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat. Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.

Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: "Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?"

Maisarah menjawab: "Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang."

Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.

Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW, bertanya: "Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?"

"Dari Makkah".

"Dari qabilah mana?" tanya sang Rahib.

"Dari Quraisy, tuan!"

"Dari keluarga siapa?"

"Keluarga Bani Hasyim."

'Siapa namamu?"

"Namaku, Muhammad."

Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: "Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadar Rasulullah."

Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya: "Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?"

"Tanda apakah yang tuan maksudkan?" tanya Muhammad SAW.

"Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!"

Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan. "Ya....ya....tertolong, tertolong!" seru Rahib. "Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!"

Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: "Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa'at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!"

Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.

Crocs.

Crocs.



Kebelakangan ni isu logo produk alas kaki berjenama, Crocs (tm) yang menyerupai kalimah Allah menjadi semakin hangat setelah komen ringkas daripada seorang ustaz merangkap pemilik laman saifulislam.com mengatakan perkara ini hanyalah sebagai andaian kita dan logo ini hanya secara kebetulan. Ada yang menyokong pendapat tersebut dan ada pula yang sebaliknya.

Adakah ini perancangan musuh Allah dalam mengotori kalimah suci ini? Allahua'lam.

Apa itu Crocs?
Bagi yang tidak mengenali produk ini, jenama Crocs sudah menjadi salah satu alas kaki yang popular kerana ciri-cirinya yang selesa, mudah dipakai dan memberi perlindungan kepada kaki melebihi selipar jepun (ada sesetengah yang panggil dengan gelaran selipar jamb@n) atau nama modennya, flip-flop. Dengan kata lainnya, Crocs juga boleh dianggap sebagai selipar jepun/selipar jamb@n era moden.



Keraguan.
Seperti yang telah saya nyatakan pada awal tadi, logo Crocs menjadi hangat kerana menyerupai kalimah Allah. Saya yakin disebabkan perkara ini ada berlaku perselisihan faham dalam kalangan kita tak kira dimanapun kita berada kerana sebahagian daripada kita ada yang memakainya dan ada yang tidak. Dalam isu ini terdapat dua keraguan yang muncul ; 1) logo Crocs yang menyerupai kalimah Allah dan 2) Crocs secara keseluruhannya adalah salah satu taktik Yahudi dan Nasrani dalam menyumbangkan duit kepada pembunuhan umat Islam serata dunia.

Dalam isu pertama, hanya logo Crocs (bukan pada keseluruhan alas kaki tersebut)yang menjadi tanda tanya sama ada logo tersebut termasuk dalam rancangan Yahudi dan Nasrani dalam menghina Allah yang maha Mengetahui itu benar atau tidak. Hal ini tidaklah dapat kami pastikan secara mutlak. Kita sebagai umat Islam dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan segala jenis keraguan yang hadir. Timbulnya keraguan pada logo itu telah membuatkan perlunya kita untuk menghilangkan logo tersebut daripada alas kaki kita.

Crocs sebagai penyumbang kewangan kepada pembunuhan umat Islam sedunia juga adalah satu keraguan kerana masih belum terdapat bukti kukuh diketengahkan. Keraguan muncul pada hasil keuntungan mereka dan bukan pada produk mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah anda masih boleh memakainya kerana jika hal ini adalah benar, anda telahpun melakukannya dibawah pengetahuan anda dan perkara ini tidak salah dan tidak boleh diulangi semula. Bermakna jika anda memilikinya, anda berhak memakainya selagi logo yang menjadi keraguan itu tidak terdapat padanya (logo telah dikikis). Jika anda tidak memilikinya, anda perlulah mengelakkan diri daripada membeli bagi mengelakkan anda membayar harga bunuh diri anda sendiri. Namun diingatkan sekali lagi, perkara ini masih menjadi keraguan kerana masih belum terdapat sebarang bukti kukuh padanya.

Umat Islam mesti mengelakkan diri daripada keraguan kerana daripada satu keraguan, muncul pula keraguan pada perkara lain. Dalam hal ini contohnya, seandainya telah terbukti benar mereka menyumbangkan hasil keuntungan kepada operasi pembunuhan umat Islam sedunia, kita perlulah mengelakkan diri daripada membelinya. Mereka yang telah lama membelinya pada pendapat saya boleh meneruskan pemakaian alas kaki tersebut namun diragui pemakaian tersebut menjadi iklan penarik minat untuk orang lain pula membelinya. Maka jika terbukti perkara ini benar kelak, elakkanlah daripada memakai sebarang jenis alas kaki yang sama bentuk dengannya sama ada asli, cetak rompak mahupun hanya pada bentuk (tiada sebarang logo tersebut padanya) kerana boleh menarik minat orang lain dalam memiliki yang produk Crocs yang asli.

Allahua'lam. Ini hanya pandangan seorang anak muda yang belum mencecah umur puluhan tahun. Sebarang kesilapan harap ditegur dan dibetulkan. Harap anda dapat fahami mesej yang ingin disampaikan saya melalui penulisan ini sebelum memberi sebarang komen mengenainya. Dan diharapkan juga penulisan saya tidaklah terlalu memutarbelitkan pemikiran anda untuk memahaminya. :)
-wanariefimran-

Friday, May 28, 2010

tangisan bumi palestin..


sedarkah kita bahawa hari ini kita hidup terlalu mewah ???
sedarkah kita bagaimana menderitanya saudara kita di sana??
sedarkah kita dunia ini bakal tiba ke penghujungnya ??
sedarkah kita ...

Tangisan Selubungi Alam
Kisah Manusia Yang Terleka
Terhina Di Bumi Sendiri
Kifarah Tarbiyyah Dari Ilahi

Hilanglah Segala
Apa Yang Dibina
Kehancuran Memusnah Merata
Kehidupan Insan Tak Bermaya

Linangan Air Mata
Suka Bertukar Duka
Kepayahan Hidup Yang Amat
Sengsara

Keamanan, Kedamaian
Keharmonian Dan Kasih Sayang
Harapan Dalam Kehidupan
Setiap Insan
undefined

Hulurkan Bantuan
Kepada Yang Memerlukan
Perhatian Dan Pembelaan
Belas Kasihan

Semaikan Benih Keimanan
Agar Ia Tumbuh Subur
Memayungi Kita...

Hentikan Sengketa, Hilangkanlah
penderitaan
Kita Sesama Manusia
Bersaudara...

Derita Mereka, Juga
Penderitaan Kita
Kita Sesama Manusia, Bersaudara...

Sinar Dan Harapan
Pastikan Tiba
Menerangi Hidup Kita
Memerlukan Pengorbanan Semua

Masa Hadapan
Yang Kita Impikan
Dunia Yang Penuh Ceria
Hidup Aman, Sentosa, Bahagia

Tiada keamanan melainkan keamanan Islam,
tiada jaminan keadilan melainkan keadilan Islam,
tiada kebahagiaan sebenar,
melainkan kebahagiaan Islam,
dan tiada Nur melainkan Nur Allah yakni Islam....
sama-samalah kita yakini akan masa depan Islam.

ISLAM PASTIKAN MENANG! -ALLAHUAKBAR!

Keinsafan Sumbangan nurani pada Wednesday, March 31 @ 09:21:08 MYT Sama2lah kita hayati bersama.. mudah-mudahan ada sesuatu yg dapat kita ambill.


.


Keinsafan
Kini aku tenggelam
Dalam arus yang kelam
Membuatku memuja-muja
Membuatku lupa semua
Nikmat dunia dalam jiwa

Kini semuanya hampar
Diri bersadur dosa
Hati resah jiwa mendesah
Pencarian tidak terarah
Terpinggir dari redho Ilahi

Diri bagai musafir
Kehausan di padang pasir
Mengharapkan setitis air
Membasahi keringat bibir
Namun hampalah si musafir

Mengapa tewas ku kemudikan
Bahtera layar perjuangan
Alah melawan bisikan syaitan
Menutup jalan
Terumbang ambing di launtan
Mengharap akan pergantungan
Dalam kepayahan ku pasrahkan
Tautan tuhan

Sesungguhnya Ia mengasihi
Melimpahkan rahmat nur Ilahi
Dapat ku gapai ku kecapi
Redhomu ya Rabbi

Kala.. subuh yang syahdu
Tafakur merenung sayu
Air mata menjadi saksi
Pencarian insaflah diri
Mengharap taubat dari Ilahi

Kini aku terasa
Manisnya cinta yang esa
Ku lontarkan cinta duniawi
Ku sematkan cinta hakiki
Kepada mu ya Rabbu Izzati…

RISALATUL-IKHWAN, Bil. 27 (Jumaat 15 Ramadhan 1417) (Keluaran Khas Berhubung Sudan) Dari pena Mustafa Masyhur. KONSPIRASI MUSUH TERHADAP ISLAM



Betapa kita memerlukan satu pandangan antarabangsa yang bersifat futuristik dan realistik, jauh dari pandangan samar serta juzi
(compartmentalised) untuk melihat hakikat di sebalik konspirasi dunia terhadap Islam dan Muslimin, yang disertai oleh kebanyakan
negara-negara bukan Islam. Penggerak dan penyokongnya iaitu musuh zionis adalah sekeras-keras manusia yang memusuhi orangorang
yang beriman ..... Sesungguhnya mereka telah merancang konsiprasi ini sejak dahulu lagi dan mereka telah merealisasikan
beberapa natijah di antara matlamat besar mereka.
Di antaranya:
• Menjatuhkan Khilafah Othmaniah;
• Menanam kewujudan zionis di hati (pusat) umat Islam di Palestin;
• Membangkitkan permusuhan yang mencetus peperangan Iraq dan Iran;
• Pembinasaan Iraq terhadap Kuwait;
• Musuh zionis juga menguasai pemerintah-pemerintah Eriteria dan Ethopia,
• Membantu kumpulan pemisah di selatan Sudan untuk menyempurnakan pemisahan dengan utara,
• Mengambil hukum sendiri dalam permasalahan punca Sungai Nil;
• Mengambil hukum sendiri dalam menyempitkan pintu al Mandab dari jalan Eriteria dan Jazar Hanish.
Di antara hasil konspirasi dunia menentang Islam dan Muslimin ini adalah menyebarkan terrorism dengan pembunuhan di beberapa
negara Arab dan Islam di bawah banner Islam untuk menggambarkan Islam adalah agama terrorism dan kekerasan. Tohmahan ini
telah diperkuatkan lagi oleh media massa barat sedangkan Islam sebenarnya adalah suci daripada tohmahan-tohmahan ini, serta
tidak mengiktiraf peristiwa-peristiwa kekerasan, penyembelihan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir dan Algeria. Tetapi
pemburukan ini bermaksud untuk memberontak dan merupakan satu tipu daya terhadap setiap negara ataupun kumpulan yang
membawa bendera Islam.
Sesungguhnya musuh telah menggunakan kelemahan orang-orang Islam dan tiadanya kesatuan di kalangan mereka untuk
memberikan berbagai pukulan di segenap penjuru terhadap orang-orang Islam di dalam usaha menghapuskan mereka ataupun
memecahkan kekuatan mereka, seperti yang berlaku di Bosnia, Chechenia, Kashmir dll. Tetapi orang-orang Islam telah bertahan,
contohnya sekatan ekonomi terhadap beberapa negara Arab Islam seperti Iraq, Libya, Sudan dan Iran. Kemudian mereka cuba untuk
menguasai ekonomi di pasaran Timur Tengah terhadap negara-negara setempat. Mereka juga membenarkan musuh zionis memiliki
senjata nuklear sedangkan ianya diharamkan ke atas negara-negara Arab dan Islam. Begitu juga penguasaan politik terhadap
kebanyakan negara-negara pengeluar minyak, di mana penetapan permuafakatan dengan mereka telah mengizinkan kewujudan
askar asing di sana supaya petroleum di Teluk sentiasa mengalir ke Barat.
Begitulah kita mendapati perancangan yang keji untuk konspirasi ini merebak ke medan antarabangsa untuk menentang negaranegara
Arab dan Islam, terutamanya selepas hancurnya sosialism. Di sana terdapat suatu pemusatan terhadap Mesir dan tekanan ke
atasnya kerana kedudukannya di dunia Islam. Adapun konspirasi itu melalui peperangan pada tahun 1967 dan apa yang didapati
daripadanya iaitu penjajahan beberapa bahagian daripada negara-negara Arab di sekitar Palestin. Kemudian konspirasi itu berlaku
melalui pengiktirafan Mesir terhadap kewujudan zionis perampas dan keluarnya Mesir daripada perlumbaan (peperangan) dengan
Musuh, kerana keamanan besar yang diberikan kepadanya. Maka lemahlah negara-negara Arab yang lain terutamanya negaranegara
yang berjiran dan negara-negara yang Musuh telah membinasakan buminya, serta Musuh masih enggan untuk keluar
daripadanya. Begitu juga, konspirasi itu merangkumi pemisahan Mesir daripada Sudan, percubaan memisahkan utara Sudan
daripada selatannya dan pemberontakan John Garang serta pemberian senjata kepadanya untuk memerangi kerajaan Sudan.
Peperangan di Sudan
Peristiwa-peristiwa mutakhir yang berlaku di bumi Sudan selepas larinya Syed Sodiq al Mahdi ke Eriteria, dan percubaan Garang
serta sekutu-sekutunya untuk bekerjasama dengan kumpulan yang menentang kerajaan Sudan bagi menjatuhkan dan membahagibahagikan(
memecahkan) Sudan. Sejurus itu bermula pula pergerakan tentera dari Eriteria dan Ethopia serta pencerobohan beberapa
bandar-bandar di Sudan. Berikutan daripada itu kerajaan Sudan telah mengisytiharkan perintah bersiap sedia untuk pencerobohan
tersebut.
Maklumat-maklumat menunjukkan terdapat penglibatan kekuatan ketenteraan Ethiopia dan Eriteria di dalam peperangan ini.
Sehubungan dengan itu juga maklumat telah menguatkan bahawa pertikaian tentang air yang bersambung ke Mesir merupakan
matlamat di belakang pertikaian ini, terutamanya sebagaimana yang telah diketahui bahawa krisis air ataupun peperangan air
memang dijangka akan berlaku di beberapa tahun yang akan datang. Mungkin penaklukkan selatan Sudan dan meletakkannya di
bawah penguasaan zionis melalui Garang untuk menekan Mesir supaya menyambung air sungai Nil ke kedudukan zionis di celahcelah
pertikaian tentang sumber-sumber sungai Nil. Begitu juga Uganda membantu kekuatan pemisahan Garang yang bekerja untuk
kepentingan Musuh semenjak dari dari kerajaan al Basheir lagi, dan ia merupakan satu langkah menentang Sudan dan Mesir sejak
dahulu lagi.
Oleh itu, sepatutnya hendaklah setiap pencerobohan ketenteraan ke atas Sudan juga merupakan suatu pencerobohan ke atas Mesir,
dan wajiblah ke atas Mesir untuk menentang dan menghalang pencerobohan ini. Sekiranya tidak, niscaya akan berlaku perkara yang
tidak baik. Malah ia memungkinkan pemberhentian perancangan memperluaskan pertanian di Mesir seperti di Wadi al Jadib dsb.
Bahkan ia juga mungkin menyebabkan berlakunya sekatan air dari memenuhi keperluan pertanian semasa.
Adapun pendirian yang perlu diambil adalah serius dan kritikal. Sesungguhnya naib presiden Sudan telah datang untuk
memaklumkan kepada pihak berkuasa di Mesir tentang betapa kritikalnya keadaan dan meminta bantuan.
Kami percaya bahawa kepentingan Mesir mewajibkan bantuan kepada kerajaan Sudan sehingga dia tidak lemah dari angkara
Garang, yang sekiranya tidak mungkin akan terlaksanalah pemecahan Sudan. Meskipun hubungan antara Mesir dan Sudan adalah
kurang baik terutamanya selepas tohmahan bahawa Sudan terlibat di dalam peristiwa percubaan menjatuhkan Presiden Hosni
Mubarak, (namun itu adalah satu konspirasi jenayah yang ditolak dengan mana-mana neracapun), namun satu tindakan perlu
diambil kerana konspirasi ini akan membawa implikasi yang lebih buruk dan bahaya, sekiranya tidak diberikan bantuan. Dan
konspirasi ini juga adalah bertujuan untuk memecahkan Sudan dan ia juga untuk menghalang Mesir daripada mempertingkatkan
sumber kehidupannya. Begitu juga kehadiran naib Presiden Sudan telah membuka jalan untuk mengembalikan hubungan Mesir
dengan Sudan serta memperbaiki beberapa perkara yang diperselisihkan daripadanya, serta membaikpulih hubungan selaras apabila
niat telah diperbetulkan. Bahawasanya, inilah permintaan rakyat Mesir dan Sudan. Oleh itu hendaklah kedua-dua pihak berkuasa
bersumberkan daripada apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka. Bahkan adalah menjadi satu harapan yang besar untuk
membakarkan (melenyapkan) konspirasi ini yang telah berlaku semenjak begitu lama dan semoga bersatulah Mesir dan Sudan
dalam satu barisan sebagaimana yang telah kita laungkan semasa mengadakan tunjuk perasaan kita di zaman pelajar dahulu.
Sememangnyalah setiap gerakan kesatuan-kesatuan lahir daripada kedudukan geografi dari kedudukan kedua-dua bangsa (negara)
ini, dan justeru itu kedudukan kedua-dua buah negara yang strategik ini sememangnya saling gantung bergantungan di antara satu
sama lain.
Apa Yang diTuntut Daripada Muslimin
Pemerintah negara Arab dan Islam hendaklah memberi perhatian terhadap konspirasi dunia serta perancangan yang keji menentang
Islam dan Arab ini. Dan hendaklah ia melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang serius yakni berpadanan dengan kadar
bahaya yang mungkin berlaku sekiranya orang Arab dan orang Islam tidak menyedari perkara tersebut sebelum berlalunya waktu.
Terutamanya musuh telah berjaya menyibukkan kita dengan diri sendiri serta perselisihan sesama sendiri sehingga sempurna
onspirasi mereka supaya sukarlah untuk memperbaiki kerosakan yang telah mereka lakukan.
Kita hendaklah bersatu serta menghapuskan perselisihan juz'i yang wujud di antara kita untuk menghadapi bahaya yang tidak
semena-mena ini. Hendaklah negara-negara kita menyokong kecintaan bangsa kita terhadap Islam. Serta, hendaklah kita
menyandarkan perlindungan kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya subhanahu wataala, sesungguhnya Dialah yang
Maha Berkuasa keatas hamba hambaNya dan Penolong orang-orang beriman serta Penunduk golongan mustakbirin (bongkak).
Orang-orang Arab dan Islam wajarlah mengetahui bahawa jika sekiranya Garang menguasai sebahagian daripada Utara Sudan,
terutamanya Kolam Nil Biru dan memisahkannya (dari Sudan), kemudian negara-negara lain mengiktiraf (negara tersebut), sukarlah
untuk mengembalikannya semula (kepada Sudan) sebagaimana yang telah berlaku dan masih berlaku di Palestin serta pengiktirafan
beberapa negara terhadap pencerobohan zionis tersebut.
Sesungguhnya kami menyeru kerajaan Mesir supaya tidak berpendirian berpeluk tubuh di hadapan malapetaka ini. Bahaya ini
begitu jelas, malapetaka ini terlalu besar, peristiwa-peristiwa berlaku begitu pantas sekali, dan kekuatan penganiayaan ini memburu
kita dari segenap penjuru. Hendaklah kita saling melupakan apa yang telah berlaku di antara kita dan kerajaan Sudan. Sesungguhnya
Mesir mempertahankan buminya dan airnya melalui pembelaan Sudan dan masa depan bangsanya sekiranya selesai penetapan
hukum dalam urusan air sungai Nil..
Alangkah baiknya bagi muslimin, pemerintah atau pun orang yang diperintah, di hari hari dan malam Ramadhan yang diberkati
untuk mengingati apa yang telah Allah buktikan daripada kemenangan yang di capai (oleh umat Islam) di dalam bulan ini pada
masa yang lalu. Nescaya ini akan menimbulkan harapan di jiwa mereka, lalu mereka menyandarkan perlindungan kepada Allah
serta memohon pertolongan daripadaNya untuk menghadapi musuh. Mereka juga akan mempersiapkan diri mereka dengan apa
yang termampu dari kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi konspirasi dan bahaya yang besar ini. Dan Allah lah sebaik-baik
Pelindung dan Penolong.
Di antara apa yang memberi harapan yang besar (kepada kita) adalah lahirnya kebangkitan Islam semasa, meskipun wujudnya
berbagai konspirasi yang berterusan semenjak berabad-abad yang lalu lagi... mudah-mudahan berterusan, Ya Allah, saksikanlah!
Persetujuan al Khalil
Sesungguhnya apa yang dipanggil sebagai penyelesaian kepada krisis pemulangan penempatan di al Khalil, setelah sempurnanya
persetujuan keatasnya dan orang-orang Palestin di al Khalil memuji-muji (persetujuan tersebut), mengandungi beberapa perkara
yang sungguh merbahaya. Adapun pembahagian bandar tersebut, sedangkan sebelum ini musuh sendiri mengakui bahawa ianya
adalah bandar orang Arab, serta perletakan Masjid Ibrahim di bawah pengawalan Israil, dan penolakan Netanhayu terhadap
kerjasama orang-orang Palestin untuk mengawal Masjid itu kecuali beberapa kerat dari polis Palestin yang bersenjatakan pistol di
dalam kereta-kereta Israil yang meronda kawasan tersebut untuk melindungi golongan penempatan... Kemudian, musuh
mewajibkan keatas orang-orang Palestin untuk berjanji untuk menyerahkan anasir anasir Islam yang menentangnya untuk dibawa ke
mahkamah zionis. Begitulah, persetujuan tersebut akirnya erjaya merungkaikan ikatan-ikatan "ketanahairan" palestin serta
menguatkan kerjasama damai di antara kedua-dua kekuatan Israil dan Palestin, dan (ia juga merupakan suatu) perjanjian untuk
menghancurkan binaan dasar terhadap Gerakan Penentangan Islam yang menentang zionis secara seluruhannya. Sebagai balasan,
musuh mencari-cari titik-titik yang belum di sempurnakan oleh perjanjian... ya'ni, apa sahaja peristiwa yang berlaku (yang
mempunyai kesan penentangan terhadap musuh, dikira membatalkan perjanjian, lalu, perkara tersebut seolah-olah masih tergantung
atau tidak putus... Begitulah, kita mendapati musuh tidak memberi kata putus dan meninggalkan urusan tergantung kepada
berlakunya sebarang peristiwa (penentangan). Sedangkan, penentangan tidak akan berhenti selagimana wujudnya kedua-dua pihak,
zionis dan barisan penentangan Islam. Di dalam suasana penyempurnaan perjanjian ini, meskipun keji, tidaklah dilupakan
permasalahan al Quds dan Masjid al Aqsa, kerana akan turut dilupai ribuan tahanan di penjara-penjara musuh dan jutaan lagi
pelarian di luar Palestin!.
"Hendaklah kita tidak tertipu dengan apa yang telah berlaku, terutamanya kerana musuh masih berpegang dengan matlamat akhir
mereka iaitu: "Israil al kubra dari Nil ke Furat"!!!

RISALATUL-IKHWAN, Bil. 16, Jumaat, 20 Jamadil Akhir 1417 Hijrah (1 Nov. 1996). Dari pena Mustafa Masyhur AL JIHAD ADALAH JALAN




Sesungguhnya ucapan pemimpin Parti Likud berhubung dengan perdamaian sepatutnya membangkitkan kesan kepada setiap
Muslim dan Arab, pemerintah atau yang diperintah, kerana ia menguatkan apa yang telah dia (pemimpin Parti Likud) tulis di dalam
bukunya, "Suatu Tempat di bawah Matahari" di mana dia berkata: "Di sana terdapat dua jenis perdamaian, pertama: yang dibuat di
antara negara-negara demokratik; dan yang kedua: (yang dibuat) dengan negara-negara diktaktor. Yang pertama itu berdiri di atas
setiajanji serta asas-asas yang dihormati dari segenap pihak. Manakala yang kedua itu berdiri di atas penolakan pihak-pihak
demokratik terhadap pihak-pihak diktaktor. Oleh kerana Israel adalah satu-satunya negara demokratik di Timur Tengah, sedangkan
semua negara-negara Arab diperintah oleh peraturan (kuasa) diktaktor, maka sesungguhnya perdamaian (dengan cara) penolakkan
dengan kekuatan ketenteraan yang bertambah besar adalah sebaik-baik apa yang boleh ditawarkan oleh Israel".
Setelah penjelasan ini (dari buku tersebut) mengenai hakikat musuh serta niat-niatnya: apakah dia sikap ataupun pendirian negaranegara
Arab dan Islam di hadapan ancaman dengan penolakan menerusi kekuatan ketenteraan yang bertambah besar ini?
(Jawapannya) Salah satu daripada dua pendirian, tidak ada yang ketiga baginya: samada tunduk kepada penolakan ketenteraan ini
atau dengan kata lain menyerah diri di bawah slogan perdamaian, serta membiarkan musuh merealisasikan apa yang telah
digariskan daripada matlamatnya (iaitu) "Israel al Kubra (yang besar) daripada Nil hingga ke Furat", yang meliputi Palestin, Jordan,
Syria, Lubnan, Iraq dan Mesir. Maka, ini bermakna kesia-siaan, keaiban dan kerugian bagi orang-orang Arab dan Islam.
Adapun sikap yang kedua ialah: orang-orang Arab dan Islam mengambil urusan ini dengan suatu keseriusan yang sepadan
dengannya. Apabila musuh telah mengancam dengan kekuatan maka tidak dapat tidak kita hendaklah menyediakan diri kita untuk
menghadapi kekuatan dengan kekuatan, dan setiap daripada kita yakin bahawa kita akan menjadi orang yang menang dengan izin
Allah. Demikianlah, apabila kita memperelokkan tawakal ke atasNya, serta setelah kita berazam untuk mengembalikan setiap hakhak
kita dan membebaskan setiap jengkal dari bumi kita, maka nescaya Allah akan menguatkan kita dengan pertolonganNya. "Hai
orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Muhammad: 7).
Sesungguhnya musuh zionis itu berbenteng dengan kekuatan Amerika dan mengeksploitasi jangkamasa menjelang pilihanraya
Amerika. Lantas, dia (musuh) pun bongkak dan mengancam membina penempatan-penempatan baru untuk pendatang-pendatang
dan membuka terowong di bawah Masjid al Aqsa, dan tidak akan kembali hak-hak ini melainkan dengan kekuatan. (Peristiwa
terowong ini telah menyebabkan pergeseran di antara pihak Yahudi dan Islam di Palestin serta mengorbankan banyak nyawa di
kedua belah pihak: tambahan dari penterjemah)
Cita-Cita itu Besar (tinggi)
Tidak dapat tidak, hendaklah kita membangkitkan harapan di dalam jiwa serta membebaskan diri kita daripada al Wahan yang telah
menimpa banyak manusia dan hendaklah kita menambatkan pertolongan dan kemenangan daripada Allah. (Asal perkataan al wahan
boleh didapati daripada Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: "Hampir dunia mengerumuni ke atas kamu
(umat Islam) seperti mana orang-orang yang sedang makan menghadapi makanannya. Maka berkata seorang sahabat r.a., apakah
lantaran sedikit bilangan kita pada hari itu? Jawab Rasulullah saw, malah kamu pada hari itu ramai tetapi kamu seperti buih laksana
buih banjir. Dan Allah telah mencabut kegerunan daripada dada (hati) musuh-musuh kamu dan mencampakkan ke dalam hati kamu
al Wahan. Maka berkata seorang sahabat ra, apakah al Wahan itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: Cintakan dunia dan
bencikan kematian : Penterjemah.) Sesungguhnya kita telah merasakan yang demikian itu dalam peperangan Oktober 1973,
bahawasanya persediaan keimanan bagi pejuang-pejuang di bulan Ramadhan dan teriakan Allah Akhbar merupakan pertolongan
dalam mengatasi dan memenangi ke atas musuh.
Begitu juga Barisan Penentangan Kebangsaan (Al Muqowwamah asSha'biyyah) yang berjuang di bandar Suez pada 24 Oktober
1973 daripada dalam masjid-masjid. Dan kita ingin menyebut dengan kebaikan al Mujahid al Haj Hafiz Salamah dan saudarasaudaranya
daripada tentera-tentera, sesungguhnya mereka telah mempertahankan Mesir seluruhnya dan mereka telah mengusir
musuh zionis. Begitu juga, kami mengingati Barisan Penentang Kebangsaan Lubnan (Al Muqowwamah asSha'biyyah al
Lubnaniyyah) yang telah meletupkan tempat penginapan musuh dan memaksa kekuatan tentera Marin Amerika untuk meninggalkan
Lubnan. Juga amalan-amalan mati syahid yang muktahir di Palestin dan Quds oleh Barisan Penentang Islam (al Muqawamah al
Islamiyyah) dan yang terbunuh di dalamnya 60 orang zionis, ianya mempunyai kesan yang paling besar dalam memecahkan
kesombongan serta tipu daya zionis dan menghalau musuh kepada Clinton bagi mendapatkan keamanan.
Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang lalu pada tahun 1948 nescaya kita telah menyaksikan apa yang telah didirikan
(dibangunkan) oleh al Fadaiyun (orang-orang yang menebuskan jiwa raga) daripada Ikhwan al Muslimin dan selain daripada
mereka yang menentang pihak zionis. Apa yang telah mereka tegakkan mungkin boleh mengubah arus peristiwa-peristiwa, tetapi
komplot di antara negara-negara asing yang telah menerima aduan daripada negara musuh bersama dengan kerjasama dari setengah
negara-negara Arab dalam komplot ini, telah membawa kepada gagalnya peperangan tersebut dengan termeterinya genjatan senjata,
diikuti dengan pengisytiharan pembahagian negeri dan pengiktirafan Amerika serta Rusia terhadap kewujudan perampas zionis.
Mendedahkan Musuh Sesungguhnya ahli falsafah Roger Garudi semasa lawatannya ke Mesir telah menolong mendedahkan musuh
zionis itu di mana ia telah berkata "Sesungguhnya Israel adalah tentera yang mempertahankan petrol di Timur Tengah mengikut
perkiraan Amerika serta Barat, yang telah menanam (meletakkan) Israel di suatu pusat ekonomi yang penting di dunia bahagian ini,
yang mempunyai separuh daripada bekalan petroleum dunia. Dan mereka telah menyempurnakan perlengkapan musuh ini dengan
senjata-senjata bagi merealisasikan kubu ini (musuh zionis) yang tegak padanya tempat mengintip orang-orang Arab dan Islam,
serta memperkembangkan senjata dan jadilah ia suatu kubu nuklear. Ia juga menghalang negara-negara Arab daripada memiliki
senjata ini, serta pada tanggapan musuh, senjata nuklear ini akan menghancurkan harapan orang Arab untuk mencapai kemenangan
yang terakhir ke atas Israel". Yang dimaksudkan daripada penerangan Roger Garudi ini adalah, sebarang pencerobohan daripada
musuh zionis itu walaupun apa bentuknya, dikira sebagai pencerobohan daripada Amerika dan sekutu-sekutunya. Maka
sesungguhnya dialah (Amerika) yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan-pencerobohan ini. Dan wajiblah ke atas kerajaankerajaan
kita dan bangsa-bangsa kita untuk merasakan hakikat ini lalu menentukan pendiriannya dalam menghadapi Amerika yang
menaungi pencerobohan ini, serta apa yang mungkin untuk dia menyusunnya daripada penat lelah dan buruk hubungan dengan
negara-negara setempat. Garudi telah berkata lagi: "Sesungguhnya Israel tidak akan dapat bertahan melainkan beberapa bulan yang
sedikit sahaja sekiranya Amerika meninggalkannya (membiarkannya)." Begitu juga dia berkata: "Sesungguhnya Amerika
menguasai ekonomi dunia melalui bank dunia, tabung pertukaran wang dunia dan perjanjian GATT". Beliau juga telah
menunjukkan kepada kemusnahan dalaman yang Amerika kini sedang hadapi. Beliau juga berbicara tentang Islam dan bagaimana
ianya (Islam) merupakan harapan bagi dunia seluruhnya untuk keluar daripada tribulasi-tribulasi semasa. Sesungguhnya Garoudi
mengutamakan politik Netanhayu daripada Peres kerana ianya menyatukan orang Arab, dan dia telah berkata: "Sesungguhnya titik
kelemahan bukanlah kekuatan-kekuatan bersenjata maka bolehlah kita menghancurkan roket-roket dengan Intifadhah
(kebangkitan)." Dan dia telah berkata lagi: "Kalaulah dunia ketiga memutuskan hubungan dengan Amerika nescaya akan membawa
Amerika kepada muflis", dan dia menyeru kepada kepentingan (ke arah) mempunyai pasaran bersama (common market) dan
hubungan dagangan di antara selatan dengan selatan.
Bahawasanya kami memberikan amaran kepada negara-negara Arab yang akan menyertai persidangan ekonomi, daripada
dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif persidangan ini dan matlamat yang dituju oleh musuh iaitu menyempurnakan kebersamaan
dengan negara-negara Arab, menghapuskan pelbagai sekatan, memerangi bangsa Arab dengan pelbagai warna kefasadan
(kerosakan) dan kehancuran, begitu juga pengawalan ekonomi terhadap negara-negara tersebut (Arab).
Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah disifatkan oleh Allah Taala sebagai "manusia yang paling kuat permusuhannya dengan
orang beriman, sebagai orang orang yang melakukan kerosakan di atas muka bumi, sebagai orang yang tidak akan meninggalkan
ruang ataupun jalan ke atas kerosakan melainkan mereka akan mengambilnya". Kita juga mendapati mereka bertolong-tolongan
dengan setiap orang yang merasa permusuhan terhadap Islam dan umat Islam dalam setiap pekerjaan yang boleh mendapatkan
orang-orang Islam. Tetapi: "mereka membuat tipu daya dan Allah juga membuat tipu daya dan Allahlah sebaik-baik pembuat tipu
daya".
Islam Adalah Agama Kedamaian Tetapi Ia Telah Mewajibkan Jihad
Islam adalah satu agama yang telah diutuskan Allah dengannya Rasul-rasul dan nabi nabi semenjak dahulu lagi. Kemudian, Allah
mengutuskan dengannya Nabi kita Muhamad saw dan Allah telah menjadikan Islam untuk manusia hingga ke hari kiamat. Dan ia
(Islam) adalah satu agama dan negara yang mengatur kehidupan manusia serta perhubungan-perhubungannya dan mengarahkan
mereka kepada risalah mereka di dunia supaya mereka berbahagia di akhirat. Dan ia adalah satu agama perdamaian, keamanan,
kemerdekaan, dan keadilan. Ia adalah agama kecintaan, kasih sayang, tolong menolong dan imbang mengimbangi, ia menyuruh
dengan segala yang baik dan melarang dari segala yang buruk. Allah juga telah menjadikan Jihad sebagai satu kewajiban penyudah
ke atas orang-orang Islam sehinggalah hari kiamat, ia mendorong orang Islam supaya cinta kepada mati Syahid, serta meninggikan
kedudukan para syuhada. Tanpa Jihad tidak berdirilah tunggak bagi agama ini, maka tersebarlah kebatilan serta meratalah
kerosakan. Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia dengan kekuatan dengan firmannya
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk
berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya" (al Anfal: 60).
Sebagaimana dikatakan orang: Sesungguhnya persediaan adalah sebaik-baik jalan ke arah keselamatan. Firman Allah Taala lagi:
"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah.
Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya
pahala yang besar" (an-Nisa': 74).
Begitu juga Allah telah menjanjikan kepada mereka yang tidak berjuang dengan seburuk-buruk balasan.
Di samping itu, Jihad di jalan Islam adalah semulia-mulia tujuan. Juga, jalannya itu merupakan semulia-mulia jalan. Sesungguhnya
Allah telah mengharamkan pencerobohan. Adapun orang-orang Islam apabila mereka berperang, mereka tidak melampaui batas,
mereka tidak menghancurkan, mereka tidak merosakkan (memotong) tumbuhan, tidak mencuri, tidak merampas harta benda, dan
mereka juga tidak mencerobohi tempat-tempat larangan (yang dihormati). Maka mereka dalam peperangan itu adalah sebaik-baik
pejuang sebagaimana mereka juga dalam perdamaian mereka adalah sebaik-baik orang yang berdamai. Begitu juga, telah nyata
larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, serta larangan daripada membunuh orang-orang yang cedera, menghina
rahib-rahib dan orang-orang yang bertapa (beruzlah). Dan sesiapa yang tidak memerangi tentera Islam adalah selamat. Maka di
manakah itu jika dibandingkan dengan serangan-serangan terhadap orang-orang awam (civilian), dan kekejaman keatas mereka
yang sangat keji?
Di antara kata-kata al Imam asSyahid Hasan al Banna dalam Risalah al Jihad di bawah tajuk "Kenapa seorang Islam itu tidak
berjuang?" yang berbunyi: "Allah mewajibkan Jihad ke atas orang-orang Islam bukanlah untuk membawa kepada pencerobohan,
dan bukan juga satu cara untuk menyempurnakan tamak haloba individu, tetapi sebagai benteng pelindung untuk dakwah, serta
jaminan untuk orang Islam, juga untuk menyempurnakan Risalah al Kubra (Risalah yang besar) yang dipikul bebannya oleh orang
Islam iaitu risalah memimpin manusia kepada kebenaran dan keadilan. Adapun Islam, meskipun ia mewajibkan peperangan ia juga
telah mengambilberat dengan perdamaian. Sebagaimana firman Allah:
"Dan jika mereka bermaksud kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.." (al Anfal: 61).
Begitu juga, al Imam asSyahid berkata pada penutup Risalah al Jihad "Sesungguhnya ummat yang menyebabkan kematian dengan
cara yang baik dan mengetahui bagaimana untuk mati dalam kematian yang mulia, Allah mengurniakan kepadanya kehidupan yang
mulia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat. Tidak adalah al Wahan yang melemahkan kita yakni kecintaaan kepada dunia
dan kebencian kepada mati. Maka persiapkanlah diri kamu untuk amal yang besar ini dan inginkanlah kepada kematian, nescaya
akan diberikan kepadamu kehidupan. Dan ketahuilah kematian itu tidak dapat tidak daripadanya. Ianya (kematian) adalah sekali
sahaja, jika kamu jadikannya pada jalan Allah jadilah ia keuntungan di dunia dan balasan pahala di akhirat. Tidaklah menimpa
kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Maka ketahuilah, dengan kematian yang mulia itu kamu berjaya
dengan kebahagian yang sempurna. Semoga Allah mengurniakan kepada kami dan kepadamu kemuliaan mati syahid di jalanNya."
Di sini kami mengira bahawa sesungguhnya dia (Imam asSyahid) telah berjaya dengan mati syahid pada jalan Allah. Seterusnya
kami memohon kepada Allah agar mengurniakan kami mati syahid pada jalanNya, agar memuliakan kami dengan Islam dan
memuliakan Islam dengan kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Dekat lagi Maha Menerima doa.

Thursday, May 27, 2010

DAKWAH ISLAMIAH DAN CABARAN ALAF BARU Oleh: Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Ghani Samsudin Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)


Dakwah merupakan suatu tanggungjawab agama yang mesti dipikul oleh setiap muslim. Ia adalah usaha untuk menyampaikan saranan agama dan menyeru manusia kepada kebaikan seperti yang didefinisikan oleh Islam. Tangungjawab ini lahir dari komitment dan iltizam mereka kepada kebaikan iaitu untuk menyampaikan kebaikan bukan hanya kepada diri sendiri atau keluarga tersayang tetapi juga kepada orang lain dan warga manusia sejagat.

Dakwah bermaksud seruan dan ajakan. Firman Allah dalam Surah Aali Imran ayat 104:

Yang Bermaksud ;
Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik , serta melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orng-orang yang berjaya.

Dalam usaha untuk menggembangkan dakwah, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui oleh setiap para da'ie. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang ke arah menyebarluaskan ajaran agama Allah ini . Allah befirman dalam Surah al Ahzab ayat 22:


Apabila orang-orang yang beriman melihat golongan (al-Ahzab) penentang (bergentayangan) mereka lantas berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya . Benarlah Allah dan RasulNya.( Namun mereka tidak gentar) bahkan semakin bertambah teguh keimanan mereka dan pasrah kepada Allah.


Cabaran Terhadap Dakwah

Berikutan dengan perkembangan dunia yang begitu tragis akhir-akhir ini , khasnya setelah berlaku peristiwa 11 September dan pengganasan Amerika di Afghanistan dan Israel di Palestin maka usaha untuk menyampaikan Islam semakin terdedah kepada ancaman dan penentangan yang lebih seru dan getir. Pendakwah Islam sering dilabel dengan label-label tertentu dan dengan gelaran buruk di samping berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi tersendiri yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan perancangan yang rapi bagi memastikan matlamat yang ingin dicapai terlaksana disamping mendapat keredhoan Allah azzawajalla.

Dari sekian banyak cabaran yang dihadapi pada masa kini bolehlah diterangkan sebagai berikut :

• Cabaran Islamophobia
Media massa tempatan dan di luar negara tidak henti-henti menyiarkan rencana, pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya. Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia. Mereka mencipta musuh dan nama-nama baru tertentu untuk memungkin secara tersirat mereka mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia.

Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.

• Cabaran Fahaman Sekularisme.
Fahaman sekularisme pula telah lama disebar dan dibajai dalam seluruh jentera negara . Fahaman ini yang dibawa oleh barat dan disenangi oleh nafsu amarah manusia sedang melanda umat Islam dan menjadi wabak yang menghakis komitment kepada nilai-nilai agama. Sekiranya fahaman ini tidak dibendung dan tidak ditangani segera dengan berkesan maka akan terhakis dan runtuhlah jatidiri generasi tua dan muda umat Islam kini. Pegangan mereka kepada agama akan luntur bahkan semakin menipis dan larut. Gejala-gejala buruk pasti akan menular sepertimana yang sedang dirundung oleh umat Islam masa kini. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut fahaman yang berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan agama mereka sendiri.

• Cabaran Kuasa Politik yang Semakin Undemocratic
Kekuasaaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot kekeyaan untuk kroni mereka, menganggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah negara kucar kacir. Institusi negara, dari kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendahaaraan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti. Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman capitalist dan meterialist. Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan. Kadar peruntukan bayaran tertentu dinaikkan untuk menafikan hak rakyat untuk mengadakan reformasi.

• Cabaran Undang-Undang dan Akta Draconian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir dari tuhan yang maha adil. Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat. Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan politik mafia. Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah korup dan dictator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin berleluasa.

• Cabaran Kepimpinan dan Pemimpin yang korup.
Kepemimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut kehendak hati. Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga muslihat agama, negara dan rakyat. Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertakwa, mempunyai integriti, mampu berjihad dan layak. Kepemimpinan yang korup dan melanggar etika dalam kepemimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah. Allah berfirman:

Golongan bangsa Thamud mendustakan ajaran Allah dengan sombong dan bongkak apabila tampil memimpin mereka orang yang paling celaka (dan jahat).

• Cabaran Media Massa yang Tidak Bertanggongjawab dan Kurang Beretika.
Media massa yang terlalu mengikut telunjuk dan bias terhadap sesuatu parti politik , biasanya hanya akan menyebarkan berita yang mampu menaikan dan menjatuhkan mana-mana parti yang menjadi ancaman,. Oleh itu, media massa tidak lagi menjadi satu institusi yang mencelikkan akal rakyat atau meningkatkan budi dan kewarasan mereka berfikir tapi sebagai alat propaganda yang lebih membunuh kebijaksanaan dan memperbodoh daya pemikiran mereka. Media massa seperti ini tidak malaksanakan tanggungjawab social; meningkatkan budaya berpolitik yang sihat dan demokratik, sebaliknya menjadi kuda tunggangan manusia bajingan yang bermuslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri, atau terhadap parti lawan. Hak-hak untuk kebebasan bersuara dinafikan. Kebebasan akhbar tinggal dakwaan manis yang tidak pernah menjadi kenyataan. Imej ulama, mufti, Rasulullah, muslimat yang bertudung bahkan para pembimbing masyarakat yang ternama sering menjadi sasaran usaha pemudaran reputasi dan kredibeliti oleh media berkenaan.

• Cabaran Pendidikan Sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin diperkasa. Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula. Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan dianggap sebagai pemacet kemajuan, penghalang pembangunan. Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains. Sebab itu kegiatan ibadah qiamullai, zikir, solat tahajjud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibubapa yang prihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains. Pengabaian dan tindakan meminimakan pendidikan agama sudah pasti akan menghasilkan satu generasi melayu muslim yang berkiblatkan nafsu atau budaya barat semata-mata .

• Budaya Barat.
Akibat dari berleluasanya perkembangan alat kemunikasi dan informasi modern maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Sebab itu gejala Black Metal menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram dan belum berkahwin menggempari masyarakat. Amalan khurafat kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan. Gejala gigolo pun heboh diperkatakan dalam masyarakat. Pekong dan wabak bernanah yang hanyir ini jika tidak dirawat segera akan menyebabkan rosaknyah umat Islam dan misi syaitan pasti akan berjaya.

• Teknologi Informasi dan Telekomunikasi.
Antara sebab kemunduran umat Islam adalah akibat dari kekurangan pengusaan terhadap teknologi yang semakin berkembang di negara barat. Teknologi ini memungkinkan mereka menyebarluaskan propaganda mereka dengan berkesan. Melalui filem, CD, VCD television stalite TV internet dan lain-lain mereka menyalurkan berjuta-juta patah perkataan imej, graphic dan diayah yang mempengaruhi umat Islam sehingga kehilangan jatidiri mereka. Dengan penguasaan yang canggih dalam bidang ini mereka dapat meneruskan penguasaan dan hegemony ke atas dunia Islam dan negara-negara Islam. Jentera prisikan mereka meredah masuk dalam berbagai jaringan sensitive pertahanan negara. Mereka mungkin lebih arif terhadap rahsia dalaman berbanding umat itu sendiri.

• Kuasa Penjajah dan Zionist
Perancangan dan kerjasama diantara masyarakat Kristian dan Yahudi yang ingin menghancurkan Islam telah menemui kejayaan dengan jatuhnya empayar Islam semasa Zaman Turki Uthmaniah. Strategi dan perancangan yang semakin rapi sedang direncanakan yang pastinya membawa cabaran yang lebih besar lagi terhadap umat Islam. Mereka ingin mengubah beberapa ayat al-Quran , mereka mahu membasmi hadith Nabi sebagai suatu kuasa palsu yang memundurkan umat. Mereka juga mahu umat Islam tidak lagi membangun negara dan politik Islam kerana ia adalah fenomena ekstrimisme, dan terrorisme. Mereka terus memantau perkembangan negara umat Islam agar Islam sebagai pola peradaban yang lengkap tidak akan dapat dibangunkan semula.

• Kristianisasi
Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan perkara baru yang tidak diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golngan yang berjaya disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran kristian dan seterusnya masuk menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan. Golongan pendita dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih. Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat sedikit sebanyak membendung dan memelihara Umat Islam umumnya dari gejala Kristianisasi.

• Globalisasi.
Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan "pertembungan tamadun" yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.

Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak mengantikan imprialisme dan penjajahan.

• Kuasa Agensi Agama yang disalahgunakan.
Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam masa yang sama pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.

• Kemiskinan dan Kepapaan.
Taraf hidup masyarakat Islam yang rendah menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan dipergunakan untuk kepentingan penjajah asing atau agen-agen mereka yang melanjutkan pegangan terhadap fahaman yang salah dan keliru. Usaha-usaha memperalatkan pimpinan yang membawa kebaikan kepada barat giat dirancang bagi memastikan cengkaman ekonomi hanya dikuasai oleh Barat dan mewariskan kemiskinan dan pertelagahan kepada masyarakat jajahannya. Ini merupakan satu perancangan Yahudi dan kuasa raksaksa korporat Barat. Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan. Selepas syarikat yang diswastakan itu bangkrap mereka memulangkan semula kepada kerajaan untuk dibiayai semula oleh wang rakyat.

• Masyarakat Majmuk
Kepelbagaian kaum dan agama telah dijadikan alasan menyekat perlaksanaan hukum Islam kerana dikatakan hendak menghargai hak dan kebebasan beragama. Ugutan dan ancaman golongan sekular telah menakutkan orang-orang yang bukan Islam menerima penyelesaian Islam. Soal khitan, keganasan dan sebagainya telah dijadikan momok untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam untuk menyokong aliran Islam.

• Kepelbagaian wadah dan wahana dakwah yang belum diselaraskan dengan berkesan.
Kepelbagaian wadah gerakan Islam tidaklah mutlak buruk. Ia mungkin menambahkan lagi kerancakan dakwah di dalam negara kita. Namun pendekatan yang berbeza dan kurangnya penyelarasan mungkin membuka peluang kepada golongan tertentu untuk melaga-lagakan mereka untuk tujuan melemahkan kesan dakwah secara total. Sebab itu gejala ini adalah merupakan cabaran yang tersendiri kepada para pemimpin harakah tersebut. Mereka perlu merumuskan suatu penyelarasan dan perkongsian bijak yang akhirnya menguntungkan Islam.

• Kekurangan Tenaga Manusia yang terlatih.
Kekurangan tenaga pakar dari dunia Islam adalah hasil polisi pendidikan yang tidak sihat kesan dari penjajahan. Mereka tidak mahu melihat negara Islam lebih maju dari mereka. Sekatan terhadap para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka serta kuota yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan mutu tenaga mahir atau pakar yang akan merencatkan pertumbuhan sesebuah negara Islam.

Sebenarnya banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh usaha dakwah masa kini kalau hendak direntang panjang satu persatu. Tapi ruang yang terbatas menyebabkan kita berpada dengan huraian di atas. Untuk membincangkan perkara yang lebih penting ialah dengan mencari jalan bagaimana kita boleh mengatasi dan menghadapi cabaran berkenaan. Antara langkah-langkah yang boleh dirumuskan di sini ialah:

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI CABARAN

1. Seluruh Jentera informasi Islam Perlu Berperanan
Dalam menghadapi tindakan menimbulkan rasa phobia terhadap Islam maka seluruh umat Islam, jentera dakwah, media komuniksi dan informasi perlu menyanggah usaha untuk melabelkan kejahatan dan keganasan dengan label Islam. Tindakan ganas, jajah, aniaya, perang dan sebagainya telah dilakukan oleh penganut Kristian jauh lebih banyak dan berganda dari kalangan umat Islam. Namun kita tidak pernah melabelkan kejahatan dan keganasan itu dengan label Kristian untuk kita menindak dan menentang seluruh kegiatan dan pertubuhan Kristian.


2. Dedahkan Kebatilan Fahaman Sekularisme
Ciri-ciri fahaman sekularisme yang telah melanda umat Islam harus didedahkan supaya masyarakat Islam sedar akan bahaya fahaman sekularisme terhadap mereka. Langkah dan perancangan yang rapi harus diambil bagi menyedarkan umat Islam dan membawa mereka kepada iltizam akidah yang sebenarnya. Penegasan tentang Islam mencorakkan seluruh pegangan muslim dalam semua perkara dan isu perlu ditegaskan sehinga mereka tidak lagi menjadi penyokong faham dalam pelbagai bentuknya.

3. Memperkasa Perjuangan Melindungi amalan politik yang telus dan Demokratik
Iklim politik yang demokratik dan sihat perlu dilindungi oleh kesedaran dan kewarasan. Keinsafan bahawa peluang memerintah adalah amanah dan suatu yang boleh bertukar tangan tanpa menyebabkan dunia menjadi kiamat. Rasa akauntibiliti dan tanggungjawab perlu diperkasa dalam diri setiap politikus agar mereka tidak mengunakan muslihat kotor dan jahat hanya untuk menjaga kelangsungan kuasa dan bukannya kepentigan rakyat. Institusi yang menjamin ketelusan dan keadilan dalam pengagihan peluang antara parti pemerintah dan pembangkang harus diujudkan dengan berkesan agar jentera kepolisian, kehakiman, dan SPR tidak disalahgunakan untuk mencarik etika dan undang-undang perlembagaan yang menghargai kewujudan parti pembangkang.

4. Mempastikan Kesaksamaan Undang-Undang dan Akta-Akta
Undang-undang mustahak dipastikan sentiasa dibentuk atas dasar keluhuran. Ia bukan suatu lesen untuk menghalalkan kejahatan dan ketidakadilan. Ia adalah alat untuk merealisasi kesejahteraan, keadilan dan budaya hidup yang demokratik dan bertamadun. Apabila undang-undang digubal untuk muslihat parti yang memerintah dan kroni-kroninya itu bermakna ia suatu pencerobohan terhadap nilai-nilai demokrasi yang tulen. Ia adalah suatu pengkhianatan terhadap masyarakat dan negara.

4. Menyedia dan melantik Para Pemimpin yang Soleh bertakwa dan Amanah
Faktor pemimpin dan kepemimpinan yang baik amat menentukan kesejahteraan sesebuah negara atau bangsa. Kepimpinan teras mestilah terdiri dari golongan yang beriman dan amat beriltizam dengan nilai-nilai agama dan moral . Seandainya struktur kepemimpinan hanya dapat didaki oleh golongan yang korup dan bermuslihat sudah pasti nilai korup itu akan akan menjadi teras dan mewabak dalam keseluruhan jentera parti yang memerintah. Akibatnya struktur tersebut menjauhkan kalangan yang beriman, soleh dan beramanah. Ini memungkin kemusnahan dalam segenap susunlapis kepimpinan bawahan. Inilah yang dimaksudkan oleh al-Quran dengan istilah Inbia'th al-Asyqa atau ketampilan golongan yang celaka menjadi pemimpin.

5. Reformasi Media Massa
Media massa perlu memiliki falsafah penyiaran yang berteraskan al-Quran dan Hadith. Ia harus dipastikan multazim dengan dasar penyiaran Islam. Tujuan penyiaran sewajarnya untuk mendidik, meningkatkan kewarasan, menyelesaikan masalah, menyampaikan risalah dan saranan Allah kepada seluruh manusia, menghibur dalam batas yang halal dan kadar yang munasabah, membela golongan yang tertindas dan teraniaya, mempertahankan kebenaran dan keadilan. Para penjawat jawatan dalam lapangan ini hendaklah dipastikan dari kalangan golongan yang berilmu yang menegakkan kesaksamaan dalam dirinya dan dalam isu di luar lingkungan dirinya. Mereka mesti melalui kursus profesionalisme kewartawanan yang menekankan penghayatan terhadap etika kewartawanan, tanggungjawab sosial, dan matlamat penulisan kerana Allah dan bukan kerana muslihat diri atau kroni. Para wartawan yang menghina Allah, Rasul, Para Sahabat, Perjuangan Islam, alim Ulama, dan golongan muslim dan muslimah yang komited perlu disingkirkan dan dipulihkan dalam pusat pemulihan khusus. Jika tidak mereka mungkin akan menjadi agen orientalis, imprialis dan Zionis yang menyesatkan khalayak pembaca dan umat .

6. Memantap dan Meningkatkan Mutu Pendidikan Berteraskan Islam
Pendidikan adalah jentera yang mencorakkan masa depan generasi baru dan individu umat. Ia perlu dilandaskan kepada dasar tauhid, akhlak, dan tradisi keilmuan yang mantap dan unggul. Dasar pendidikan sekular akan mencairkan asas-asas ini. Sebab itu pendidikan mustahak dibina atas landasan falsafah dan Sistem Pendidikan Islam. Aspek sukatan, pentadbiran, pengurusan, latihan guru, buku teks, kegiatan ko-kurikulum dan sebagainya perlu dilaksanakan dengan betul menurut dasar-dasar yang telah ditetapkan. Usaha meningkatkan penghayatan Islam di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi dengan melantik para guru dan pensyarah yang baik, komited dengan agama adalah sama mustahaknya dengan dasar yang telah disebutkan. Dengan itu akan lahirlah generasi pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara yang benar-benar menepati ajaran Allah. Jika tidak akan keluar dari institusi pendidikan kita manusia durjana, berilmu tapi tidak beradab, cerdik tetapi jahat dan haprak. Hidup mentingkan diri, berkhidmat kerana perut dan bukan kerana kebenaran dan keluhuran. Allah berfirman: Orang-orang yang beriman harus khuatir kalau-kalau mereka meninggalkan generasi selepas mereka yang serba lemah yang mereka bimbang terhadap nasib mereka. Oleh itu mereka hendaklah bertakwa kepada Allah dan berkata benar dan jujur.

7. Membentuk dan Mengamalkan Dasar Budaya yang Sihat
Dasar kebudayaan dan amalan membentuk budaya mesti menurut lunas-lunas Islam dan moral. Masyarakat tidak boleh dibiarkan hanyut dengan budaya memuja kebendaan. Institusi Budaya perlu mengukuhkan budaya yang mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Filem-filem yang ditayangkan di pawagam atau di kaca TV mestilah mempunyai tujuan positif; baik untuk mendidik, mahupun untuk menghibur atau menambah ilmu. Semakin banyak ditayangkan filem-filem yang mempunyai mesej pendidikan, kemanusiaan, perjuangan dan sebagainya lebih baik dari filem-filem yang membibitkan keghairahan meniru gaya hidup Barat yang serba boleh menginjak batasan tradisi dan morality.

8. Meningkatkan Penguasan Teknologi Informasi, komunikasi dan lain-lain.
Umat Islam harus menebus kemunduran mereka dalam bidang ini dengan tangkas dan gigih. Persaingan dan pertembungan memerlukan keilmuan yang tinggi dan teknologi yang terkini. Kita tidak akan menjadi khaira ummah dengan sifat lembam, mundur dan sekadar menjadi pengguna teknologi orang lain. Kita perlu memiliki cokmar rahsia kejayaan orang lain. Kita mesti menyaingi dan mendahului mereka sepertimana para leluhur Islam yang telah membina peradaban Islam dalam era kegemilangannya. Teknologi terkini mesti dikuasai, dikembangkan dan menjadi darah daging kita. Baik dalam bidang penyiaran, perhubungan, persenjataan, pemakanan, perkhidmatan dan lain-lain.

9. Mengenalpasti Perencanaan dan Tipudaya Penjajah dan Zionist.
Gandingan yang semakin mantap antara negara-negara bekas penjajah dengan regim zionist dalam mambantai, memantau dan menguasai negara-negara umat Islam semakin ketara. Negara seperti Afghanistan, Palestin, Chechnya, Bosnia dan lain-lain mendedahkan hakikat dan kegelojohan mereka. Konspirasi mereka menyebabkan seluruh umat Islam dan gerakan kemerdekaan dan kemanusiaan Islam dilihat dengan penuh curiga dan dihubungkaitkan dengan terrorisme. Kalau globalisasi dianggap trend untuk melahirkan penjajahan bentuk baru maka kempen memerangi terrorisme pula adalah mekanisme yang paling berkesan untuk merealisasi secara kekerasan tujuan penjajahan dalam bentuk dan era baru. Allah berfirman :

Mereka akan berterusan memerangi kamu sehinggalah mereka berjaya menyimpangkan kamu dari agama kamu sedaya yang boleh.
Pada hal yang mengamalkan kejahatan, penindasan dan keganasan adalah negara penjajah dan Zionist Israel.

10.Mengukuhkan Jentera dan Agenda Dakwah Islam Menentang Diayah
Kristianisasi.
Seruan dan diayah mereka sebenarnya adalah seruan ke arah kesesatan dan penyimpangan. Mereka boleh menambahkan pengikut dalam keadaan jentera dakwah Islam lemah dan tertekan. Oleh sebab itu usaha hendaklah digandakan untuk meningkatkan kefahaman Islam dan penghayatan ibadah dan nilai-nilai agama dalam masyarakat agar tidak ada di antara anak-anak orang Islam yang boleh terjerumus dalam kemurtadan dan bertukar agama menjadi pengikut faham kekufuran. Selain dari kejahilan kemiskinan juga antara penyebab mengapa segelintir umat Islam bertukar agama. Oleh itu usaha untuk membenteras kemiskinan dan kefakiran mesti ditingkatkan. Dana-dana membantu orang miskin perlu dimanfaatkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang semakin meningkat hasil dari kaadaan ekonomi yang merudum. Pengaruh budaya Barat dikatakan ikut menyebabkan orang Melayu menukar nama dan masuk agama Kristian, terikut-ikut menjadi pengamal budaya kufr. Pihak yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agama perlu peka dan melonjakkan usaha dakwah agar kekebalan dalaman di kalagan umat Islam dapat menjadi benteng akidah Islam yang ampuh menghadapi serangan Kristian dan Judaism.

11. Bersama Menghadapi Dampak Positif dan Negatif Globalisasi
Meskipun memang terdapat kesan positif dari trend globalisasi khasnya dalam bidang ilmu, komunikasi, informasi, ekonomi dan sebagainya, tapi dampak negatifnya jauh lebih menonjol. Umat dan negara umat Islam mesti membentuk Blok atau kesatuan dalam menghadapi bahaya dan ancaman globalisasi; baik dalam menjaga nilai asas budaya seagama, maupun melindungi ekonomi dan sumber kewangan mereka dari dibolosi dan dibekukan oleh golongan penyangak samaada negara atau individu koprat antarabangsa. Nilai-nilai kehakiman sejagat yang dimonopoli oleh kehendak negara-negara super power perlu dicairkan sehingga ia benar-benar merupakan nilai keadilan sejagat yang melindungi negara-negara miskin dan tertindas. Sistem pendidikan Islam yang dilabelkan oleh kuasa besar sebagai penjana terrorisme dan terrorist perlu dipertahankan. Tindakan menutup sekolah-sekolah agama dan Tadika Islam atas alasan yang sama perlu ditentang. Usaha untuk meminda ayat al-Quran; khasnya ayat yang mengutuk golongan Yahudi perlu ditentang. Tindakan menceroboh dan menganggap negara Islam sebagai negara paksi kejahatan oleh regim pemerintah Amerika dan sekutunya perlu ditentang secara kolektif oleh OIC dan NGO Islam yang lain.


12. Reformasi Institusi dan Agensi Islam Kerajaan
Agensi-agensi tersebut perlu dijadikan telus berkhidmat untuk Islam dan umat dan bukan untuk mengukuhkan jentera parti sekular yang memerintah. Petugas-petugasnya yang mendapat gaji dari rakyat mustahak bertugas untuk mendaulatkan Islam dan kuasa rakyat. Dengan demikian mereka akan dilihat sebagai ikhlas bertindak menguatkuasakan undang-undang yang memperkasa penghayatan dan dasar-dasar Islam dalam negara. Sebab itu mereka perlu peka dan aktif menangani gejala penyimpangan golongan wartawan, politikus, budayawan dan activist NGO yang berkiblatkan Barat. Kalau mereka tidak melaksanakan tugas murni melindungi agama sebaliknya melindungi kepentingan politik Dato' dan YB serta parti sekular mereka dengan penuh emosi maka umat akan melihat mereka dengan penuh jijik dan meluat. Apatah lagi jika agensi itu hanya bertaring untuk menindas kebangkitan Islam dan activist Islam baik dalam lapangan politik mahupun dalam kegiatan sukarela.

13. Meningkatkan Kesentosaan, Membasmi kemiskinan dan Mengwujudkan
Peluang Pekerjaan.
Kemiskinan adalah antara alat untuk memerah dan memeras-ugut rakyat dan para pemimpin mereka. Sebab itu para penguasa, pemerintah dan individu muslim perlu membebaskan diri dari cengkaman belenggu kemiskinan ini. Amalan pembaziran wang rakyat perlu dihentikan. Perancangan projek yang menguntungkan rakyat marhain mesti diutamakan dari yang lain. Pendapatan yang melebihi paras cukup sebaliknya mencapai tahap selesa perlu direalisasi sehingga individu umat bebas dari kaadaan hidup serba terdesak. Tindakan memeras undi kerana kemiskinan rakyat perlu ditamatkan. Gejala pengangguran perlu dikurangkan dan dibasmi samasekali sehingga tidak ada golongan yang merempat dan terdorong melakukan jenayah kerana ketiadaan sumber pendapatan dan sebagainya.

14. Memanfaatkan Aspek Positif Masyarakat Berbilang Kaum.
Kepelbagaian agama dan budaya serta kekayaan kemahiran yang merujuk kepada latar belakang etnik, bangsa dan pengalaman mungkin boleh dimanfaatkan untuk menambahkan tarikan pelancongan, peluang perniagaan dan perkongsian pintar yang serba menguntungkan semua warga negara Hal ini juga memberi peluang untuk kalangan tertentu menimba pengalaman berdakwah kepada berbagai bangsa dan kelompok budaya. Oleh itu selain dari hal ini merupakan cabaran ia juga merupakan peluang untuk menimba pengalaman dalam menyebarkan agama Allah. Umat Islam harus bijak memanfaatkan situasi ini untuk menjana faedah dan aspek-aspek positif dari kedudukan seperti ini. Rasulullah bersabda ; Orang mukmin itu bijaksana, pintar teliti, cermat , berhati-hati , mantap ,alim, wara' dan tidak gopoh.

Masyarakat majmuk tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang perlaksanaan Islam, nilai dan perundangannya, justeru Rasulullah suatu masa dahulu juga melaksanakan nilai ini dalam masyarakat yang majmuk. Akan tetapi apa yang diperlukan ialah keyakinan , kemahuan yang benar, keikhlasan perlaksanaan dan kesatuan umat Islam sebenarnya dalam isu ini.

15. Penyelarasan Kuasa NGO Islam
Seandainya kesatuan di kalangan badan-badan dakwah barangkali masih terlalu jauh untuk dicapai maka sekurang-kurang penggabungan tenaga dapat diraih untuk meningkatkan kuasa desak dalam pertarungan menghadapi kebatilan. Gerakan dakwah dalam berbagai bentuk perlu bergabung atau selaras dalam menangani isu-isu besar seperti perlaksanaan undang-undang Islam, pembelaan terhadap Pendidikan Islam, ekonomi umat dan nilai-nilai positif amalan demokrasi. Dengan demikian prestasi dakwah akan dapat ditingkatkan.

16. Mengwujudkan Pusat Latihan Kepakaran dan Kepimpinan Islam yang Canggih .
Badan-badan Dakwah Islam sukarela perlu bergabung tenaga untuk mengwujudkan pusat latihan kepakaran dakwah dan kepimpinan yang mutakhir dengan sukatan pendidikan yang lengkap, mantap dan serba canggih untuk melahirkan kadar kepimpinan yang cekap, berketerampilan dan menguasai teknologi terkini. Mereka juga harus dilatih dalam amalan rohaniah yang tinggi dan keupayaan retorik yang jitu serta keperluan-keperluan jihad yang lain.

Penutup

Inilah beberapa coretan ringkas mengenai cabaran Dakwah serta cara-cara menghadapi dan mengatasi cabaran tersebut. Mungkin banyak lagi yang boleh diperkatakan tetapi kerana masa yang terbatas kita berpada dengan coretan ini. Semuga Allah memberi kita kekuatan dan taufik untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin khasnya melalui wadah PUM untuk masa-masa yang akan datang.

AGS
Meru, Klang
2hb. Jun 2002

* Kertas kerja ini dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Ghani Samsudin sempena Ijtima' Ulama' Negeri Pahang pada 4 Jun 2002 anjuran Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pahang di Hotel Seri Malaysia, Temerloh Pahang.

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails