Berikut adalah sambungan artikel daripada label Ketenteraan yang lepas...
TEROWONG RAHSIA DI IPOH
– M. Kulasegaran, ahli parlimen Ipoh Barat, berkata terowong misteri akan dikesan mulai bulan depan dengan kerjasama dua bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mendakwa pernah memasukinya, sekitar tahun 1960-an.
– Menurut Bernama, wakil Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan turut menyertai usaha mengesan terowong peninggalan penjajah Inggeris yang didakwa menghubungkan empat bangunan warisan di situ.
– Dua pekerja yang pernah bertugas di bangunan Dewan Bandaran Ipoh – sebelum ini dijadikan pejabat ketua polis Perak – diminta menolong mencari jalan masuk ke terowong berkenaan yang dipercayai dibina sekitar 1940-an.
– Kulasegaran berkata demikian selepas melawat bangunan Dewan Bandaran Ipoh hari ini.
– Seorang bekas pekerja itu S Arumugam, 73, yang turut menyertai lawatan itu berkata beliau pernah memasuki terowong itu sekitar 1960 semasa masih bekerja dengan MBI. Beliau mendakwa pintu masuknya mempunyai tangga dan terletak di bahagian hadapan bangunan dewan berkenaan, lapor agensi berita itu lagi.
– Tambahnya, terowong itu mampu memuatkan tiga orang dalam satu masa dan kelihatan seakan-akan longkang besar dengan ketinggian antara 1.5 hingga 1.8 meter.
– “Laluan di sepanjang terowong terbabit mempunyai lampu di bahagian kiri dan kanan untuk memberi pencahayaan sempurna supaya mereka yang melaluinya dapat melihat dengan lebih jelas,” Arumugam dipetik berkata.
– Kulasegaran menambah, terowong itu dipercayai digunakan oleh pihak berkuasa Inggeris untuk menghubungkan bangunan berkenaan ke mahkamah dan stesen kereta api untuk membawa penjenayah berbahaya seperti pengganas komunis.
– Katanya lagi, jika berjaya ditemui, terowong berkenaan akan menjadi satu produk pelancongan di negara ini sama seperti yang ditemui di Vietnam dan Singapura.
24.Maklumat dari Singapura menunjukkan terowong yang bersambung ke Johor Bahru ini terletak dalam daerah Marsiling, Woodland dan dipercayai boleh tembus ke Johor Bahru.
25.Pihak berkuasa Singapura sendiri tidak mempunyai rekod atau peta dan kegunaan terowong ini dibina, saya sendiri tidak pasti jika inilah terowong yang dikatakan mempunyai kedudukan yang selari dengan Tambak Johor atau mungkin ini merupakan salah satu terowong lain yang mempunyai mitos dan lagendanya yang tersendiri.
26.Seorang pengkaji sejarah dari sebuah universiti di republik itu memberitahu, terowong itu mungkin dibina oleh pihak tentera British sebelum tahun 1930an dan kemungkinan ia merupakan sebuah terowong komunikasi dan ada kemungkinan ia merupakan tempat penyimpanan minyak bawah tanah berdasarkan bau petrol yang kuat semasa dia memasuki terowong itu pada tahun 2006.
27.Disini saya paparkan dua klip video (silat lihat dibawak dan dengar dialog) rakyat asing memasuki terowong yang dipercayai boleh sampai ke Johor Bahru itu, perjalanan mereka bagaimanapun terhenti kerana terdapat runtuhan tanah.
PROJEK MASUK TEROWONG SINGAPURA-MALAYSIA (VIDEO PERTAMA)
PROJEK MASUK TEROWONG SINGAPURA-MALAYSIA (VIDEO KEDUA)
TEROWONG TENTERA DI KUNAK, SABAH
28.Baru-baru ini saya bertemu dengan kawan sejak dari zaman persekolahan saya, Zamiri dari Sabah.
29.Beliau yang sudah bertugas bertahun-tahun di Sabah memberitahu terdapat terowong tentera di Kunak, Sabah dan dipercayai wujud semasa Perang Dunia Kedua lagi.
30.Panjang terowong itu dipercayai menjangkau sehingga lapan kilometer dan boleh dilalui oleh terak seberat 10 tan, hujung terowong itu tidak diketahui tembus ke mana kerana sebahagian binaannya sudah pun runtuh.
BUNKER KESELAMATAN
31.Pada tahun 1990an, beberapa orang pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3 sekarang dikenali sebagai JPAM) telah meninjau beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur.
32.Tujuannya adalah untuk melihat kemungkinan jika bangunan-bangunan ini boleh diambil alih semasa perang untuk dijadikan bunker perlindungan udara.
33.Antara bangunan yang menjadi pilihan semasa itu ialah bangunan Yaohan The Mall.
34.Yaohan The Mall dipilih memandangkan bangunan itu mempunyai tempat meletak kereta bawah tanahnya yang boleh dijadikan bunker perlindungan, pada masa itu tidak banyak bangunan di ibunegara mempunyai tempat meletak kereta di bawah tanah.
35.Terdapat satu akta dalam perundangan negara yang membolehkan bangunan milik awam atau swasta diambil alih oleh tentera atau pasukan JPA3 semasa kecemasan atau darurat.
36.Pemilik bangunan ini akan dibayar sedikit pampasan sebagai gantirugi selepas perang.
BAIKLAH SEKIAN SAHAJA
NOTA PENULIS : JIKA ANDA TANYA SAYA APAKAH ATM MEMPUNYAI BUNKER BAWAH TANAH YANG SERBA CANGGIH : SAYA KATA ANDA, YA COMFIRM ADA.
Sumber : militaryofmalaysia.net
No comments:
Post a Comment