Thursday, December 9, 2010

Agenda Illuminati dalam Harry Potter and the Deathly Hallows?


Oleh : Muhammad Jamal
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
[Copyright 2010. Original article by MacJay.Net]

Dalam sekuel filem ke tujuh yang juga merupakan siri penamat kepada pengembaraan ahli sihir remaja ini, Harry Potter terpaksa berdepan dengan cabaran terbaru apabila dia harus mengumpulkan kesemua Horcrux yang mengandungi nyawa Lord Voldermort, sebelum berupaya menghapuskannya. 

Memang sukar bagi Harry kerana dia sendiri tidak tahu di manakah benda itu berada serta bagaimana mahu melakukannya. Namun itulah misi yang harus dilakukannya dalam siri ini. 

Sesudah 13 tahun sejak buku pertama dilancarkan dan sedekad selepas kemunculan filem pertamanya, Harry, Hermione Granger (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) masih berada dalam lingkungan dunia sihir mereka. Tetapi kali ini lebih lebih jelas matlamat dan arah tuju mereka, malahan, ketiga-tiganya kini semakin hampir untuk bertarung dengan musuh tradisi, Voldermort (Ralph Fiennes). 

Demikianlah sedikit ulasan mengenai filem Harry Potter and the Deathly Hallows part 1 yang baru ditayang sejak beberapa lama minggu lalu. Namun apa yang ingin saya ulaskan secara ringkas dalam artikel MacJay.Net kali ini adalah mengenai 'mesej separa sedar' yang cuba disampaikan oleh 'tangan-tangan ghaib' melalui filem blockbuster ini. Artikel ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana blog dan laman web Melayu sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura atau Brunei.

Di alam maya, banyak forum atau blog-blog Inggeris yang sibuk membincangkan tentang satu simbol yang diterjemahkan melalui filem Harry Potter. Bagi mereka, simbol tersebut agak pelik. Apa tidaknya, dalam banyak-banyak simbol, segitiga yang mempunyai garisan di tengah dan bulatan yang menjadi pilihan pihak produksi. Selain itu, rata-rata mereka ini menyamakan simbol tersebut dengan simbol pertubuhan rahsia Yahudi yakni Illuminati. Simbol tersebut (segitiga) disampaikan melalui watak yang dipegang oleh aktor Rhys Ifans (Xenophilius Lovegood). 


Xenophilius Lovegood sedang melukis simbol segitiga

Bandingkan gambar ini dengan dua gambar dibawah
Jika dilihat pada simbol diatas, ia hampir menyerupai simbol Illuminati yang seperti mana kita tahu boleh dilihat dibelakang wang kertas dollar Amerika. Simbol segitiga sememangnya boleh dilihat dengan jelas oleh penonton. Walau bagaimanapun, apabila diteliti terdapat perbezaan pada bahagian tengahnya. Lihat gambar dibawah.
Inilah simbol Illuminati. Sekarang, perhatikan gambar dibawah..
Garisan merah ini telah membentuk satu simbol yang ada di dalam filem ini
Ia sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk memikirkannya (perbezaan kecil pada kedua-dua simbol). Seperti yang kita tahu, Illuminati dan lain-lain pertubuhan rahsia Yahudi gemar bermain dengan simbol-simbol. Mereka juga gemar menyampaikan 'mesej separa sedar' kepada umat manusia lainnya sebagai salah satu kegiatan dakwah mereka bagi mencapai hasrat utama mereka yakni New World Order yang mana akan membuatkan seluruh dunia akan 'tunduk pada hasrat mereka'. Bagi sesiapa yang pernah mengkaji rahsia disebalik Wawasan 2020 dan Israel 2020 pasti anda akan mudah memahaminya. klik di sini

David Yates, pengarah Harry Potter and the Deathly Hallows part 1
Secara ringkasnya, simbol tersebut telah diterjemahkan oleh pengarah ke dalam hasil karya JK Rowling melalui sebuah filem yang menjadi santapan seisi keluarga. Ibu bapa termasuk anak-anak ramai yang menonton filem ini. Bagi mengelakkan 'mesej separa sedar' mereka menjadi perbincangan hangat dikalangan masyarakat, pihak produksi telah mengambil keputusan untuk mengubah 'reka bentuk' dibahagian tengah simbol Illuminati itu. Jika dilihat dengan teliti, filem Harry Potter kali ini nampaknya agak 'gelap' sedikit berbanding filem-filem terdahulu seperti komen yang diberikan oleh wartawan berita harian. [klik di sini] Mengapa ya? Jika anda ingin mengetahui jawapannya, bukalah mata (hati) anda dan gerakkan minda anda untuk cuba memahami semua 'tipu daya (konspirasi)' syaitan di akhir zaman ini.



Berikut adalah lain-lain gambar yang boleh kita perhatikan secara mendalam isi tersiratnya:

Satu adegan didalam pejabatnya, apakah yang sedang dilihat oleh Dumbledore?
Azkaban Prison
Apakah maksud/perkataan yang mampu terbina melalui tulisan khas ini?








No comments:

Post a Comment

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails
Loading...

tatapan

Loading...