Diriwayatkan dalam kitab sahih dan musnad, juga oleh penulis yang tulisannya berkaitan dengan masalah al-Milal wan-Nihal, dari Nabi Mulia SAWA bersabda:
"Sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (firqah)." Hadith ini amat mashyur di kalangan mutakallimin, penyair dan pujangga. Akan tetapi kini mesti dilakukan penyelidikan hadith tersebut lebih lanjut secara teliti, dan cermat:
1.Hadith tersebut yang dinukilkan dengan sanad yang sahih, apakah dapat dijadikan hujah atau tidak?
2. Nas manakah yang disabdakan oleh Nabi SAWA, sementara nas-nas hadith tersebut berlainan matanya.
3. Dari sekian banyak firqah, yang manakah yang dimaksudkan sebagai firqah najiyah (selamat) sedangkan Nabi Mulia SAWA telah memberitakan hanya satu firqah sahaja yang selamat sebagaimana yang akan dijelaskan nanti.
4. Kemudian firqah-firqah apakah yang jumlahnya 72 itu, sebagaimana telah diberitakan oleh Nabi SAWA tentang kemunculannya setelah beliau wafat? Dan apakah firqah-firqah atau kelompok-kelompok Islam yang ada hingga kini sudah mencapai jumlah tersebut. Untuk lebih jelas, mari kita membahas keempat persoalan di atas.
Sanad Hadith
Hadith tersebut yang dirawikan dalam kitab sahih dan musnad telah disebutkan dengan pelbagai sanad yang berlainan. Dalam buku berjudul Takhrij Ahadith al-Kasyshaf oleh Hafizh Abdullah ibn Yusuf ibn Muhammad al-Zaelaqi al-Mishri (wafat tahun 762H) telah berupaya menghimpun dan menulis berbagai sanad serta matanhadith tersebut. Lalu dia mengamati dan menganalisis hadith tersebut, baik dari segi sanad ataupun matannya, yang hal itu belum pernah dilakukan oleh ulama sebelumnya.
Meskipun masalah pengumpulan sanad-sanad hadith berada diluar perbahasan ini, namun untuk itu amat perlu kami huraikan secara umum.
Sebahagian ulama tidak menyakini kesahihan hadith tersebut, seperti Ibn Hazm. Dalam kitabnya berjudul al-Fashl fil-Ahwa' wal-Milal, Ibn Hazm mengatakan:"Mereka yang mengutip hadtih Rasulullah SAWA seperti:"Bahawa kaum Qadariyyah dan Murji'ah termasuk kelompok umat Majusi." Dalam hadith yang lain:"Umat ini akan berpecah menjadi 70 firqah, kesemuanya masuk neraka kecuali satu firqah yang masuk syurga." Selanjutnya kata Ibn Hazm kedua hadith tersebut jika ditinjau dari segi isnadnya tidak sahih sama sekali. Maka hadith semacam itu tidak dapat dijadikan sandaran hujah bagi yang mengatakan bahawa hadith itu disampaikan secara khabar wahid, apa lagi yang tidak menyakini seperti itu" [Al-Fashl fil-Ahwa' wal-Milal, juzuk I, hlm.248] Sebahagian lain menyakini kesahihan hadith di atas dengan alasan kerana panjangnya sanad. Dalam kitab berjudul al-Farq Bainal Firaq, muhaqqiq Muhyiddn menulis:"Ketahuilah, bahawa ulama telah berbeda pendapat dalam menentukan kesahihan hadith tersebut. Sebahagian berpendapat hadith itu sama sekali tidak sahih kerana ditinjau dari segi isnad hadith dan dari segi isnad yang merawikan hadith itu dinilai sebagai dhaif. Dan hadith seperti itu tidak boleh dijadikan hujah. Sebahagian berpendapat sahih dengan melihat sejumlah rantai periwayatan hadith yang cukup memadai serta banyaknya sahabat yang telah meriwayatkan hadith itu dari Rasulullah SAWA"[Al-Farqu Bainal-Firaq, hlm.7-8]
Al-Hakim an-Nisaburi juga meriwayatkan hadith itu dengan sanad sahih yang diabsahkan oleh syaikhain (Abu Bakar dan Umar). Hadith itu mengatakan:"Telah memberitakan kepada kami Ahmad ibn Muhammad ibn Salamah Al-Anzi. Telah berhadith kepada kami Uthman ibn Said al-Darimi, Amru ibn Aun dan Wahb ibn Baqiyyah Al-Wasitihiyan. Telah berhadith kepada kami Khalid ibn Abdullah, dari Muhammad ibn Amar dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAWA bersabda:"Umat Yahudi berpecah menjadi 71, atau 72 firqah. Dan umat Nasara berpecah menjadi 71 atau 72 firqah. Umatku berpecah menjadi 73 firqah." Hadith tersebut sesuai dengan persyaratan Muslim, namun keduanya (Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkannya."[Al-Mustadrak ala-Sahihain, Juzuk I, hlm.128]
Adz-Dzhabi menafikan kesahihan hadith itu kerana pada serangkaian sanadnya ditemui nama Muhammad ibn Amru yang tidak boleh dijadikan hujah tetapi dirangkaikan dengan sederetan perawi lainnya (yang dipercayai sehingga terangkat kerananya).[At-Tahsir fid-Din, hlm.9]
Lantaran itu, jika keadaan sanad yang diupayakan oleh al-Hakim dikategorikan sebagai sanad sahih, lalu bagaimana keadaan seluruh deretan sanad yang lain. Padahal ia telah dirawikannya dengan serangkaian sanad yang berlainan. Ia mengatakan:"Hadith ini telah dirawikan dari Abdullah ibn Amr ibn al-As, dan dari Amr ibn Auf al-Muzani dengan dua isnad yang terpisah salah satunya Abdul Rahman ibn Ziyad al-Afriqi dan yang lainnya adalah Katsir ibn Abdullah al-Muzani, yang tidak boleh berhujah dengan keduanya."[Al-Mustadrak ala-Sahihain, Juzuk I, hlm.128] Demikianlah keadaan hadith yang telah dikutip oleh al-Hakim dalam Mustadraknya.
Adapun mengenai hadith yang dirawikan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dalam Sunannya serta Ibn Majah dalam sahihnya, as-Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari dalam kitabnya menulis:"Adapun hadith yang dirawikan dalam sahih Ibn Majah, Sunan al-Baihaqi dan selainnya pada sebahagian sanadnya dijumpai nama Abdul Rahman ibn Ziyad ibn An'am. Pada sebahagian yang lain didapati nama-nama seperti Katsir ibn Abdullah, Ibad ibn Yusuf, Rasyid ibn Saad dan al-Walid ibn Muslim. Pada sebahagian yang lain ditemui nama orang-orang yang tidak dikenali (majahil), sebagaimana dijelaskan dalam kitab-kitab kumpulan hadith. Dalam kitab Takhrij Ahadiths al-Kasysyaf, al-Hafizh Az-Zaelaqi menghuraikan ehwal jalannya sanad hadith tersebut secara muwassa' (terperinci)."[At-Tabshir fid-Din, hlm.9]
Demikianlah apa yang dikatakan oleh sebahagian orang mengenai keadaan sanad hadith. Dan yang membuat lemahnya sanad adalah kerana banyaknya pengutipan dan periwayatannya, yang sederetan sanadnya berlainan. Sementara ulama shiah as-Saduq dalam Khisal, menyebut hadith ini dibawah judul Bab Tujuh puluh ke atas.[Al-Khisal, Juzuk 2, hlm.584] Begitu juga Al-Allamah al-Majlisi dalam Biharnya [al-Bihar, juzuk 28, hlm. 2-36] Boleh jadi, usaha pengutipan sejumlah itu membenarkan kita untuk berargumentasi dengan hadith ini.
Ikhtilaf Dalam Nas-nas Hadith
Pada pembahasan sebelum ini telah kami singgung pertentangan beberapa nas hadith. Sebab paling tidak, keganjilan itu adalah adalah akibat kemusykilan sanadnya. Ikhtilaf persoalan ini membawa kerumitan ke pelbagai segi yang beraneka ragam, yang tidak mungkin dapat berpegang pada salah satunya. Berikut ini adalah penjelasan perselisihan-perselisihan tersebut.
Ikhtilaf Dalam Bilangan Firqah
Al-Hakim meriwayatkan bahawa jumlah firqah Yahudi dan Nasrani adalah 71 dan 72. Sementara Abdul Qahir Al-Baghdadi meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Abu Hurairah:"Umat Yahudi berpecah menjadi 71 firqah, sedangkan umat Nasrani berpecah menjadi 72 firqah."
Dan dalam waktu yang sama al-Baghdadi merawikan dengan sanad yang lain,"Bahawa Bani Israil berpecah menjadi 72 millah." Kemudian, al-Baghdadi menjelaskan secara lanjut:"Sungguh akan datang suatu (malapetaka yang akan menimpa) atas umatku sebagaimana keadaan itu pun menimpa atas umat Bani Israil, iaitu Bani Israil akan berpecah menjadi 72 millah, sedangkan umatku (kelak) akan berpecah menjadi 73 millah." Sementara ada riwayat dengan sanad yang berbeda pula mengatakan bahawa Bani Israil berpecah menjadi 71 firqah.[Al-Farqu Bainal-Firaq, hlm.5] Jika melihat kedua kutipan yang terakhir, maka yang dimaksudkan Bani Israil adalah lebih umum dari sekadar umat Yahudi dan Nasrani. Dengan demikian, jumlah bilangan firqah 72 adalah benar. Memang pada kutipan terakhir dapat ditafsirkan sebagai khusus bagi umat Yahudi dan Bani Israil.
Ikhtilaf Dalam Bilangan Firqah Najiyah (Selamat) dan Halikah (Binasa)
Banyak riwayat menerangkan bahawa firqah yang najiyyah adalah satu, sedangkan selainnya halikah. Al-Baghdadi merawikan hadith yang sanadnya sampai kepada Rasulullah SAWA…"Kesemuanya masuk neraka kecuali satu millah sahaja.[Al-Farqu Bainal-Firaq, hlm.5] Hadith seperti itu juga diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah.[Al-Tirmidzi, Juzuk 25, Kitab al-Iman, hlm. 26, hadith 2641]
Sementara itu dalam kitab berjudul Ahsan al-Taqasin fi Ma'rifat al-Aqalim, Syamsuddin Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Bisyari (wafat tahun 380H) meriwayatkannya dengan bentuk hadith yang berlawanan. Ia menyebutkan bahawa hadith 72 di syurga dan satu firqah di neraka adalah merupakan isnad sahih. Dan hadith 72 di neraka dan satu firqah najiyyah adalah hadith paling masyhur.
Ikhtilaf Dalam Penentuan Firqah Najiyyah
Berbagai penukilan hadith firqah najiyyah berpijak pada ucapan yang mengatakan bahawa semua firqah di neraka, kecuali satu firqah najiyyah. Dirawikan pula oleh al-Hakim, Abdul Qahir al-Baghdadi, Abu Daud dan Ibn Majah bahawa Rasulullah SAWA bersabda:"Kecuali hanya satum iaitu al-Jama'ah." Atau, "Al-Islam wa Jama'ahtuhum." Al-Tirmidizi [Sunan, Juzuk 5, hlm.26, hadith 2641] dan as-Syahrastani [Al-Milal meriwayatkann-Nihal, hlm.13] bahawa Nabi SAWA memberitakan firqah najiyyah:"Ma ana alahil-Yaum wa-Ashabi(aku pada hari ini dan sahabat-sahabatku)." Al-Hakim merawikan juga bahawa Rasulullah SAWA telah memberitakan batasan tentang banyaknya firqah yang binasa, katanya:"Umatku akan berpecah menjadi 70 firqah, yang paling besar adalah satu firqah iaitu kaum yang melihat segala persoalan dengan rakyunya (pendapatnya sendiri), mengharamkan yang halalnya dan menghalalkan yang haram." Selanjutnya al-Hakim menjelaskan bahawa hadith ini sahih sesuai dengan persyaratan Shaikhain (Bukhari dan Muslim). Namun keduanya tidak meriwayatkannya.
Kemudian penulis buku Rawdah al-Jannah meriwayatkan dari kitab al-Jami' Bainat-Tafasir, bahawa Nabi SAWA telah mendefinisikan firqah najiyyah dengan ucapan:"Hum ana wa-Syi'ati (mereka adalah aku dan syiahku) [Rawdah al-Jannah, hlm.548]
Hadith-hadith di atas menggambarkan dengan jelas berlarutan (ikhtilaf) perselisihan dalam menentukan batasan dan ciri-ciri firqah najiyyah. Untuk mengetahui persoalan itu secara benar dan jelas, sebaiknya ada menyemak huraian berikut.
Siapakah Firqah Najiyyah?
Kini saatnya kita sampai kepada persoalan ketiga, yang meminta perhatian pembaca budiman dengan saksama sehingga pembaca dapat mengikuti perbahasan tentang firqah najiyyah.
As-Syeikh Muhamad Abduh menulis:"Masalah friqah najiyyah yang dikatakan dalam hadith iaitu, ma kana alaihi wa-ashabuhu (yang ada dalam ajaran Nabi SAWA dan sahabat-sahabatnya) yang hingga kini pengertian hadith ini masih kabur dan tidak sorih (jelas) kerana setiap taifah (kelompok) yang taat dan patuh kepada risalah Nabi SAWA sudah tentu akan menonjolkan dirinya sebagai apa yang dimaksudkan oleh hadith tersebut. Selanjutnya kata Syeikh Abduh:"Namun yang membuat hati saya lega kerana adanya hadith yang menyebutkan bahawa firqah yang binasa (halak) adalah satu firqah.[Al-Manar, Juzuk 8, hlm.221-222]
Berdasarkan hal di atas, maka ada dua ciri penting firqah najiyyah; ciri pertama adanya firqah najiyyah dan pada pengertian lain dilambangkan sebagai firqah halak . Dengan demikian, tidak boleh bersandarkan pada hal tersebut kerana:
Dirawikan oleh Ibnu Majah dari Auf ibn Malik bahwa Rasulullah SAWA bersabda:"Kaum Yahudi berpecah….Demi Zat yang diriku ada di tanganNya, sungguh umatku akan berpecah menjadi 73 firqah, satu firqah di syurga sedang 72 di neraka." Siapakah mereka itu Ya Rasulullah? Tanya sahabat."Al-Jama'ah," jawab beliau.[Sunah Ibn Majah, Juzuk 2, hlm.479] Sementara pada riwayat lain Nabi SAWA berkata:"Millah ini akan berpecah menjadi 73. 72 di neraka sedang satu millah di syurga iaitu al-Jama'ah."[Sunan Abu Daud, Juzuk 4, hlm.198; al-Mustadrak, Juzuk I, hlm. 128] Dan setelah mengamati kedua hadith itu, maka hadith yang pertama tampak adanya dhamir jamak dan dhamir mufrad pada hadith kedua. Jadi hal ini menguatkan kembalinya dhamir pada hadith pertama, iaitu ditujukan kepada 72 sedangkan kembalinya dhamir mufrad ditujukan kepada lafadz wahidah. Atas dasar itulah, lafadz al-Jamaah adakalanya dilambangkan sebagai kebinasaan (halak) dan adakalanya dilambangkan sebagai keselamatan (najah). Padahal sebahagian besar nas hadith tidak menyebutkan ungkapan itu. Dan tidak benar jika dikatakan bahawa siperawi tidak mengutipnya, atau melupakannya kerana upaya menyebutkan ciri-ciri firqah najiyyah atau firqah selain itu (halak) merupakan perkara penting dalam perbahasan ini.
Ada juga hadith yang menyebutkan kata al-Islam, yang dikaitkan dengan kata al-jamaah padahal kata al-Islam tidak perlu diberikan tambahan kata al-Jamaah kerana telah terang dan jelas bahawa Islam adalah al-Haqq. Namun yang amat penting adalah mengenali siapa Muslim dan siapa yang tidak.
Ciri yang kedua, riwayat hadith dengan pengertian 'ma ana alahil-yaum wa-ashabi' atau 'ma ana alahi wa-ashabi'. Dalam pada itu lambang najah (keselamatan-kejayaan) jelas sekali. Pertama, pada sebahagian nas riwayat tidak dijumpai adanya tambahan semacam itu. Dan tidak benar jika dikaitkan bahawa siperawi tidak menukilkannya kerana beranggapan hal itu tidak penting. Kedua, satu-satunya ukuran kebinasaan (halak) dan keselamatan (najah) adalah peribadi Nabi SAWA. Adapun mengenai para sahabatnya, tidak boleh menjadikan mereka ukuran pemberi hidayah dan keselamatan. Jadi,jika mereka ternyata membangkang atau menyalahi beliau SAWA sedikit atau banyak, maka tidak mungkin menjadikan mereka contoh teladan pembawa keselamatan. Atas dasar itu, maka sangat menghairan jika perbuatan 'wa as-ahabi' dirangkaikan dengan perbuatan Nabi SAWA. Ketiga, sahabat beliau secara keseluruhannya atau secara majoriti. Jadi, pengertian mafhum yang pertama, dianggapkan tidak ada ikhlilaf sahabat dalam kecenderungan dan sikap politik dan keagamaan mereka setelah Rasulullah SAWA wafat. Padahal yang terjadi adalah sebaliknya. Berlaku perselisihan di Saqifah Bani Sai'dah dan peristiwa-peristiwa selepasnya. Dan mafhum yang kedua, iaitu hal yang tidak perhatikan oleh Ahlul Sunnah bahwa majoriti sahabat telah menyalahi pelakuan khalifah ketiga (Uthman bin Affan) yang menjadi korban pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang Mesir dan Kufah yang disaksikan oleh sebahagian sahabat.
(Memetik satu ungkapan):
"Setiap lelaki menganggap dirinya
pernah berhubungan cinta dengan Si-Laila
namun demikian, Si-Laila
menolak dakwaan mereka".
Dan tentunya menyalahi kenyataan jika 'ashabi' (sahabat) ditafsirkan sebagai majoriti. Menurut dugaan, tambahan itu adalah dari siperawi hadith demi menguatkan kedudukan sahabat dan menjadikan mereka tumpuan satu-satunya barisan sebagai penyuluh hidayah setelah beliau SAWA wafat. Dan saya kira bahawa Rasul al-Hidayah ialah yang dapat memberikan batasan firqah najiyyah dengan ciri-ciri yang terang dan nyata kerana setiap firqah akan menganggap dirinya termasuk 'ma alaihin-Nabi' atau juga 'ma alahi as-ashabuhu.'
Akhirnya kami kutipkan sebuah hadith dari al-Hakim bahwa Nabi SAWA bersabda:"Firqah yang terbesar adalah kaum yang menyelesaikan perkara dengan pendapatnya sendiri (rakyu)." Tambahan itu disisipkan ke dalam hadith oleh sebahagian Muslimin Ahlul Sunnah untuk mengecam ashabul qiyas. Padahal qiyas menurut pengertian usuli (usul fiqh) adalah permasalahan yang belum dikenal pasti oleh para sahabat. Bahkan pada zaman timbulnya hadith iftiraq (hadith 73 golongan di atas), sabda Nabi SAWA yang memberikan batasan tentang firqah binasa tidak dikenal.
Hadith-hadith Tentang Masa Depan Sahabat
Amat banyak hadih Nabi SAWA yang menerangkan keadaan masa depan sahabat sehingga membuat kami berpaling tidak berpegang pada ajaran dan ideologi mereka, dan tidak menerima kesahihan pada penghujung sebahagian daripada riwayat yang lalu seperti kalimat 'ma ana alaihi wa-ashabi' kerana Nabi SAWA telah memberitakan ehwal mereka setelah peninggalan beliau SAWA seperti mengada-adakan perkara mungkar serta bida'ah yang diharamkan sehingga mereka pun banyak berpaling menjadi murtad. Akibat perlakuan demkian itu mereka dijauhkan dari al-Haudh (di akhirat kelak), dan mereka pun saling menjauhkan diri darinya. Hadith-hadith seperti itu diriwayatkan oleh Syeikhain (Bukhari dan Muslim) dan selainnya. Ibn Atsir juga menghimpunkannya dalam kitab Jamiul Usul pada Bab IV ketika membahas al-Haudh, as-Sirat dan al-Mizan. Berikut ini dikutip sebahagian daripada hadith-hadith tersebut:
As-Syeikhain merawikan dari Abdullah ibn Masud bahwa Rasulullah SAWA bersabda:"Aku akan menjadi pendahulu kamu di telaga al-Haudh. Sungguh, benar-benar akan dihadirkan kepadaku orang-orang di antara kalian, hingga ketika dihulurkan (tanganku) untuk menggapai mereka, mereka malah menjauh ketakutan dariku. Aku pun berkata:'Ya Rabb, (mereka) sahabatku? Allah menjawab:'Sungguhnya engkau tidak mengetahui pelakuan mereka yang mreka lakukan sepeninggalanmu."
Dirawikan oleh Syeikhain bahawa Rasulullah SAWA berkata:"Akan datang mengunjungiku pada hari kiamat sekelompok sahabatku atau (menurut riwayat lain dari umatku). Tetapi mereka dijauhkan dari al-Haudh.Lalu aku bertanya:"Ya Rabb, sahabatku? Dia berkata:'Sesungguhnya engkau tidak mengetahui perlakuan yang mereka lakukan sepeninggalanmu. Pada dasarnya mereka berpaling ke belakang."
Dan masih banyak lagi hadith Nabi Mulia SAWA tentang masalah itu sehingga kita tidak boleh tergesa-gesa mengambil kesimpulan bahawa seluruh sahabat adalah baik dan adil belaka (udul) semata-mata hanya kerana mereka bersahabat dengan beliau SAWA. Dan cukup kiranya mengetahui secara umum melalui fakta kefasiqan, kemurtadan serta bida'ah mereka. Dan pengetahuan umum mengenai keadaan mereka ini membuat kami tidak dapat membenarkan setiap sahabat itu adil, bahawa majoriti sahabat jika bersepakat atas sesuatu persoalan dijadikan sebagai dalil atau bukti kebenaran dan keabsahannya.
Namun hal itu tidak bererti bahawa seluruh sahabat berperangai dan berperilaku sedemikian itu. Banyak di antara sahabat Nabi SAWA yang tsiqah (dipercayai) keadilannya serta golongan muttaqun (bertaqwa).
Firqah Najiyyah Di Bawah Sorotan Nas-nas Lain
Seandainya Syeikh al-Azhar (Muhammad Abduh) merujuk kepada nas-nas Nabi SAW yang lain nescaya dia akan memperolehi gambaran adanya firqah najiyyah yang jelas kerana nas-nas Nabi SAWA antara satu dengan yang lain saling mengikat, sebahagiannya menerangkan sebahagian yang lain. Dan berikut ini kutipan beberapa hadith Nabi SAWA yang memiliki kaitan yang kuat dan menjelaskan hadith yang lalu.
Hadith Ats-Tsaqalain
Rasul bersabda:"Wahai manusia, aku tinggalkan sesuatu yang akan menghindarkan kamu dari kesesatan selagi kami berpegang teguh padanya: Kitabullah dan Itrahku, Ahlul Baytku."[Tirmidzi dan Nasai dalam Sahih mereka; Kanzul Ummalm Juzuk I, hlm.44]
Imam Ahmad Hambali merawikan dari Nabi SAWA bahawa Nabi SAWA bersabda:"Aku tinggalkan kepadamu kedua penggantiku Kitabullah, tali penghubung yang terentang antara langit dan bumi, dan Itrahku, Ahlul Baytku. Keduanya tidak akan berpisah sehingga berjumpa denganku di telaga al-Haudh."[Musnad, Juzuk 5, hlm.182-189]
Al-Hakim dalam Mustadraknya juga meriwayatkan dari Nabi Mulia SAWA yang berkata:"Aku berasa segera akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan menunaikan panggilan itu. Aku tinggalkan padamu al-Tsaqalain (dua perkara berat) iaitu Kitabullah Azza Wa-Jalla serta Itrahku, Kitabullah, tali penghubung antara langit dan bumi. Dan Itrahku, Ahlul Baytku. Dan sesungguhnya (Allah) Yang Maha Mengetahui telah berfirman kepadaku bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga berjumpa kembali denganku di al-Haudh. Perhatikan baik-baik keduanya sepeninggalanku itu." ."[Mustadrak, Juzuk 3, hlm. 148]
Meskipun nas-nas di atas satu sama lain berbeza matan dan rawinya, namun hal itu tidak berpengaruh sama sekali kerana Nabi SAWA telah berulang kali menyampaikan pesanan-pesanannya itu di beberapa tempat yang berlainan. Di antaranya disebutkan bahawa hadith itu diucapkan Rasulullah SAWA di Arafah pada waktu melakukan Haji Wada'. Kemudian beliau mengucapkan lagi ketika sakit menjelang wafat beliau SAWA di hadapan para sahabat yang memenuhi ruangan kamar beliau SAWA. Lalu beliau pernah jgua mengucapkannya di Ghadir Khum. Ada pula riwayat yang menyebutkan ucapan beliau itu di saat Nabi SAWA pulang dari Taif ketika beliau SAWA berpidato di hadapan para sahabat. Nah, demikian itu Rasulullah SAWA sengaja mengulang-ulangi pesanan itu di pelbagai tempat dan situasi yang tidak lain untuk menunjukkan betapa besar perhatian beliau terhadap al-Kitab al-Aziz dan Itrah Tahirah.[Lihat al-Muraja'at, dialog nombor 8].
Mengamati hadith-hadith tersebut yang telah mencapai tingkat mutawatir yang tidak akan ada tandingannya kecuali hadith al-Ghadir yang memandu manusia kepada hukum dan bagi yang tidak berpegang pada kedua-duanya akan tersesat. Jadi, mereka yang berpegang pada kedua-duanya adalah firqah najiyyah.
At-Tabrani telah menukilkan ucapan Rasul SAWA pada penghujung hadith:
"….maka janganlah kamu mendahului keduanya, nanti kamu binasa.Jangan pula kamu ketinggalan dari mereka, nanti kamu celaka. Dan jangan mengajari mereka sebab mereka itu lebih mengerti dari kamu."[As-Sawaiq al-Muhriqah, hlm.135]
[Disesuaikan dari buku Al-Milal Wan-Nihal, Syeikh Ja'far Subhani, terjemahan Indonesia, Penerbit al-Hadi, 1997, Bab I, hlm. 6-17]
No comments:
Post a Comment