Friday, June 4, 2010

…SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN…

Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:

  1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.


 

  1. Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.


 

  1. Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.


 

  1. Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.


 

  1. Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"


Thursday, June 3, 2010

“…..Wasiat Dr.Abdullah Azam…..”Sumbangan nuratie pada Tuesday, May 04 @ 13:52:52 MYT

Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupanku, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku. Mereka yang memasang cita2 yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam ) tanpa membuat apa2 persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya…



Aku tidak nampak apa2 perbezaan diantara mereka yang meninggalkan jihad dengan mereka yang meninggalkan solat,puasa dan zakat….

Wahai kaum muslimin….

Kehidupan kalian adalah jihad ,Kemuliaan kalian juga berasal dari jihad Dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini juga, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad….Sesungguhnya mereka yang menyangka bahawa agama Allah akan tertegak tanpa jihad,tanpa peperangan ,tanpa darah dan air mata….maka mereka yang ragu2 itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini….Kejarlah "Kematian" kerana ia akan memberikan kehidupan yang hakiki.. Hindarkanlah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang dibaca….Jangalah merasa megah dan mencukupi dengan solat2 sunat yang telah kalian biasakan itu….

Wahai para ulama….

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang dahagakan untuk kembali kepada tuhannya….Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia….Jauhi janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan pemerintah, kerana sesungguhnya ia menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng hubungan kalian dengan masyarakat….

Wahai muslimat …


Jauhi kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad… Ia juga pembinasa diri manusia….Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan….cukuplah seqadar keperluan sahaja….

Didik dan latihlah anak2 kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad….Jadikan rumah2 kalian sebagai kandang2 singa dan bukan reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut.Tanamkan ke dalam jiwa anak2 kecintaan kepada jihad ,keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan jihad….

Wahai anak-anak….

Biasakanlah diri kalian dengan "nyanyian" dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata2 berat serta gegak gempita jet2 pejuangan serta kereta2 kebal….Jauhilah nyanyian2 yang lembut dan muzik2 yang mengasyikkan serta hamparan permaidani merah….

Wahai isteriku….

Lazimilah sifat zuhud ,nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan dikasihi mereka….

Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga sertqa panduan sepanjang hayat….Seterusnya Qiamullail dan puasa serta beristighfar dan bertaubat dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah….

Akhir sekali,aku sangat2 berharap agar Allah Taala akan menemukan kita disyurga firdaus seperti mana dia menemukan kita di dunia ini….ada pun kalian anak2Ku….Sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra denganku melainkan hanya sebentar cuma .terlalu sedikit tarbiah yang sempat ku berikan kepada kalian .Ya, aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama kalian….

Demi Allah….aku tidak sanggup berkurung di dalam sangkar bersama kalian seperti ayam bersama2 anak2nya .Aku tidak mampu hidup dengan menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan dan ujian membakar hati2 umat Islam….Aku tidak rela tinggal bersama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras….

Benar2 tidak bermaruah jika aku tinggal dalam limpahan kenikmatan….diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan satu hidangan yang lain ,sedangkan umat Islam menderita saban hari .Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpengang teguh dengan aqidah salafus salih (Sunnah Wal Jamaah) dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu….

Aku juga berpesan kepada kalian supaya membaca Al-quran ,menjaga lidah ,qiamullail ,berpuasa sunat ,berkawan baik dan….sama2 berkerja dan mendokong gerakan Islam ….Janganlah kalian meminta izin dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah….Lontaran dan tembakan kalian adalah terlabih baik dan aku sukai….

***….Sesungguhnya As Syahid Abdullah Azzam telah bersikap benar dan telah menunaikan janji2 kepada Allah untuk berjuang membela agama dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang paling tinggi .As Syahid telah berdagang sekian lama dan akhirnya….pada 24 November 1989 dagangannya telah dibeli oleh Allah….***

AL-FATIHAH…….

Siapakah Firqah Najiyah?

Diriwayatkan dalam kitab sahih dan musnad, juga oleh penulis yang tulisannya berkaitan dengan masalah al-Milal wan-Nihal, dari Nabi Mulia SAWA bersabda:
"Sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (firqah)." Hadith ini amat mashyur di kalangan mutakallimin, penyair dan pujangga. Akan tetapi kini mesti dilakukan penyelidikan hadith tersebut lebih lanjut secara teliti, dan cermat:
1.Hadith tersebut yang dinukilkan dengan sanad yang sahih, apakah dapat dijadikan hujah atau tidak?
2. Nas manakah yang disabdakan oleh Nabi SAWA, sementara nas-nas hadith tersebut berlainan matanya.
3. Dari sekian banyak firqah, yang manakah yang dimaksudkan sebagai firqah najiyah (selamat) sedangkan Nabi Mulia SAWA telah memberitakan hanya satu firqah sahaja yang selamat sebagaimana yang akan dijelaskan nanti.
4. Kemudian firqah-firqah apakah yang jumlahnya 72 itu, sebagaimana telah diberitakan oleh Nabi SAWA tentang kemunculannya setelah beliau wafat? Dan apakah firqah-firqah atau kelompok-kelompok Islam yang ada hingga kini sudah mencapai jumlah tersebut. Untuk lebih jelas, mari kita membahas keempat persoalan di atas.
Sanad Hadith
Hadith tersebut yang dirawikan dalam kitab sahih dan musnad telah disebutkan dengan pelbagai sanad yang berlainan. Dalam buku berjudul Takhrij Ahadith al-Kasyshaf oleh Hafizh Abdullah ibn Yusuf ibn Muhammad al-Zaelaqi al-Mishri (wafat tahun 762H) telah berupaya menghimpun dan menulis berbagai sanad serta matanhadith tersebut. Lalu dia mengamati dan menganalisis hadith tersebut, baik dari segi sanad ataupun matannya, yang hal itu belum pernah dilakukan oleh ulama sebelumnya.
Meskipun masalah pengumpulan sanad-sanad hadith berada diluar perbahasan ini, namun untuk itu amat perlu kami huraikan secara umum.
Sebahagian ulama tidak menyakini kesahihan hadith tersebut, seperti Ibn Hazm. Dalam kitabnya berjudul al-Fashl fil-Ahwa' wal-Milal, Ibn Hazm mengatakan:"Mereka yang mengutip hadtih Rasulullah SAWA seperti:"Bahawa kaum Qadariyyah dan Murji'ah termasuk kelompok umat Majusi." Dalam hadith yang lain:"Umat ini akan berpecah menjadi 70 firqah, kesemuanya masuk neraka kecuali satu firqah yang masuk syurga." Selanjutnya kata Ibn Hazm kedua hadith tersebut jika ditinjau dari segi isnadnya tidak sahih sama sekali. Maka hadith semacam itu tidak dapat dijadikan sandaran hujah bagi yang mengatakan bahawa hadith itu disampaikan secara khabar wahid, apa lagi yang tidak menyakini seperti itu" [Al-Fashl fil-Ahwa' wal-Milal, juzuk I, hlm.248] Sebahagian lain menyakini kesahihan hadith di atas dengan alasan kerana panjangnya sanad. Dalam kitab berjudul al-Farq Bainal Firaq, muhaqqiq Muhyiddn menulis:"Ketahuilah, bahawa ulama telah berbeda pendapat dalam menentukan kesahihan hadith tersebut. Sebahagian berpendapat hadith itu sama sekali tidak sahih kerana ditinjau dari segi isnad hadith dan dari segi isnad yang merawikan hadith itu dinilai sebagai dhaif. Dan hadith seperti itu tidak boleh dijadikan hujah. Sebahagian berpendapat sahih dengan melihat sejumlah rantai periwayatan hadith yang cukup memadai serta banyaknya sahabat yang telah meriwayatkan hadith itu dari Rasulullah SAWA"[Al-Farqu Bainal-Firaq, hlm.7-8]
Al-Hakim an-Nisaburi juga meriwayatkan hadith itu dengan sanad sahih yang diabsahkan oleh syaikhain (Abu Bakar dan Umar). Hadith itu mengatakan:"Telah memberitakan kepada kami Ahmad ibn Muhammad ibn Salamah Al-Anzi. Telah berhadith kepada kami Uthman ibn Said al-Darimi, Amru ibn Aun dan Wahb ibn Baqiyyah Al-Wasitihiyan. Telah berhadith kepada kami Khalid ibn Abdullah, dari Muhammad ibn Amar dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAWA bersabda:"Umat Yahudi berpecah menjadi 71, atau 72 firqah. Dan umat Nasara berpecah menjadi 71 atau 72 firqah. Umatku berpecah menjadi 73 firqah." Hadith tersebut sesuai dengan persyaratan Muslim, namun keduanya (Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkannya."[Al-Mustadrak ala-Sahihain, Juzuk I, hlm.128]
Adz-Dzhabi menafikan kesahihan hadith itu kerana pada serangkaian sanadnya ditemui nama Muhammad ibn Amru yang tidak boleh dijadikan hujah tetapi dirangkaikan dengan sederetan perawi lainnya (yang dipercayai sehingga terangkat kerananya).[At-Tahsir fid-Din, hlm.9]
Lantaran itu, jika keadaan sanad yang diupayakan oleh al-Hakim dikategorikan sebagai sanad sahih, lalu bagaimana keadaan seluruh deretan sanad yang lain. Padahal ia telah dirawikannya dengan serangkaian sanad yang berlainan. Ia mengatakan:"Hadith ini telah dirawikan dari Abdullah ibn Amr ibn al-As, dan dari Amr ibn Auf al-Muzani dengan dua isnad yang terpisah salah satunya Abdul Rahman ibn Ziyad al-Afriqi dan yang lainnya adalah Katsir ibn Abdullah al-Muzani, yang tidak boleh berhujah dengan keduanya."[Al-Mustadrak ala-Sahihain, Juzuk I, hlm.128] Demikianlah keadaan hadith yang telah dikutip oleh al-Hakim dalam Mustadraknya.
Adapun mengenai hadith yang dirawikan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dalam Sunannya serta Ibn Majah dalam sahihnya, as-Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari dalam kitabnya menulis:"Adapun hadith yang dirawikan dalam sahih Ibn Majah, Sunan al-Baihaqi dan selainnya pada sebahagian sanadnya dijumpai nama Abdul Rahman ibn Ziyad ibn An'am. Pada sebahagian yang lain didapati nama-nama seperti Katsir ibn Abdullah, Ibad ibn Yusuf, Rasyid ibn Saad dan al-Walid ibn Muslim. Pada sebahagian yang lain ditemui nama orang-orang yang tidak dikenali (majahil), sebagaimana dijelaskan dalam kitab-kitab kumpulan hadith. Dalam kitab Takhrij Ahadiths al-Kasysyaf, al-Hafizh Az-Zaelaqi menghuraikan ehwal jalannya sanad hadith tersebut secara muwassa' (terperinci)."[At-Tabshir fid-Din, hlm.9]
Demikianlah apa yang dikatakan oleh sebahagian orang mengenai keadaan sanad hadith. Dan yang membuat lemahnya sanad adalah kerana banyaknya pengutipan dan periwayatannya, yang sederetan sanadnya berlainan. Sementara ulama shiah as-Saduq dalam Khisal, menyebut hadith ini dibawah judul Bab Tujuh puluh ke atas.[Al-Khisal, Juzuk 2, hlm.584] Begitu juga Al-Allamah al-Majlisi dalam Biharnya [al-Bihar, juzuk 28, hlm. 2-36] Boleh jadi, usaha pengutipan sejumlah itu membenarkan kita untuk berargumentasi dengan hadith ini.
 
 
Ikhtilaf Dalam Nas-nas Hadith
Pada pembahasan sebelum ini telah kami singgung pertentangan beberapa nas hadith. Sebab paling tidak, keganjilan itu adalah adalah akibat kemusykilan sanadnya. Ikhtilaf persoalan ini membawa kerumitan ke pelbagai segi yang beraneka ragam, yang tidak mungkin dapat berpegang pada salah satunya. Berikut ini adalah penjelasan perselisihan-perselisihan tersebut.
 
 
Ikhtilaf Dalam Bilangan Firqah
Al-Hakim meriwayatkan bahawa jumlah firqah Yahudi dan Nasrani adalah 71 dan 72. Sementara Abdul Qahir Al-Baghdadi meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Abu Hurairah:"Umat Yahudi berpecah menjadi 71 firqah, sedangkan umat Nasrani berpecah menjadi 72 firqah."
Dan dalam waktu yang sama al-Baghdadi merawikan dengan sanad yang lain,"Bahawa Bani Israil berpecah menjadi 72 millah." Kemudian, al-Baghdadi menjelaskan secara lanjut:"Sungguh akan datang suatu (malapetaka yang akan menimpa) atas umatku sebagaimana keadaan itu pun menimpa atas umat Bani Israil, iaitu Bani Israil akan berpecah menjadi 72 millah, sedangkan umatku (kelak) akan berpecah menjadi 73 millah." Sementara ada riwayat dengan sanad yang berbeda pula mengatakan bahawa Bani Israil berpecah menjadi 71 firqah.[Al-Farqu Bainal-Firaq, hlm.5] Jika melihat kedua kutipan yang terakhir, maka yang dimaksudkan Bani Israil adalah lebih umum dari sekadar umat Yahudi dan Nasrani. Dengan demikian, jumlah bilangan firqah 72 adalah benar. Memang pada kutipan terakhir dapat ditafsirkan sebagai khusus bagi umat Yahudi dan Bani Israil.
 
 
Ikhtilaf Dalam Bilangan Firqah Najiyah (Selamat) dan Halikah (Binasa)
Banyak riwayat menerangkan bahawa firqah yang najiyyah adalah satu, sedangkan selainnya halikah. Al-Baghdadi merawikan hadith yang sanadnya sampai kepada Rasulullah SAWA…"Kesemuanya masuk neraka kecuali satu millah sahaja.[Al-Farqu Bainal-Firaq, hlm.5] Hadith seperti itu juga diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah.[Al-Tirmidzi, Juzuk 25, Kitab al-Iman, hlm. 26, hadith 2641]
Sementara itu dalam kitab berjudul Ahsan al-Taqasin fi Ma'rifat al-Aqalim, Syamsuddin Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Bisyari (wafat tahun 380H) meriwayatkannya dengan bentuk hadith yang berlawanan. Ia menyebutkan bahawa hadith 72 di syurga dan satu firqah di neraka adalah merupakan isnad sahih. Dan hadith 72 di neraka dan satu firqah najiyyah adalah hadith paling masyhur.
Ikhtilaf Dalam Penentuan Firqah Najiyyah
Berbagai penukilan hadith firqah najiyyah berpijak pada ucapan yang mengatakan bahawa semua firqah di neraka, kecuali satu firqah najiyyah. Dirawikan pula oleh al-Hakim, Abdul Qahir al-Baghdadi, Abu Daud dan Ibn Majah bahawa Rasulullah SAWA bersabda:"Kecuali hanya satum iaitu al-Jama'ah." Atau, "Al-Islam wa Jama'ahtuhum." Al-Tirmidizi [Sunan, Juzuk 5, hlm.26, hadith 2641] dan as-Syahrastani [Al-Milal meriwayatkann-Nihal, hlm.13] bahawa Nabi SAWA memberitakan firqah najiyyah:"Ma ana alahil-Yaum wa-Ashabi(aku pada hari ini dan sahabat-sahabatku)." Al-Hakim merawikan juga bahawa Rasulullah SAWA telah memberitakan batasan tentang banyaknya firqah yang binasa, katanya:"Umatku akan berpecah menjadi 70 firqah, yang paling besar adalah satu firqah iaitu kaum yang melihat segala persoalan dengan rakyunya (pendapatnya sendiri), mengharamkan yang halalnya dan menghalalkan yang haram." Selanjutnya al-Hakim menjelaskan bahawa hadith ini sahih sesuai dengan persyaratan Shaikhain (Bukhari dan Muslim). Namun keduanya tidak meriwayatkannya.
Kemudian penulis buku Rawdah al-Jannah meriwayatkan dari kitab al-Jami' Bainat-Tafasir, bahawa Nabi SAWA telah mendefinisikan firqah najiyyah dengan ucapan:"Hum ana wa-Syi'ati (mereka adalah aku dan syiahku) [Rawdah al-Jannah, hlm.548]
Hadith-hadith di atas menggambarkan dengan jelas berlarutan (ikhtilaf) perselisihan dalam menentukan batasan dan ciri-ciri firqah najiyyah. Untuk mengetahui persoalan itu secara benar dan jelas, sebaiknya ada menyemak huraian berikut.
Siapakah Firqah Najiyyah?
Kini saatnya kita sampai kepada persoalan ketiga, yang meminta perhatian pembaca budiman dengan saksama sehingga pembaca dapat mengikuti perbahasan tentang firqah najiyyah.
As-Syeikh Muhamad Abduh menulis:"Masalah friqah najiyyah yang dikatakan dalam hadith iaitu, ma kana alaihi wa-ashabuhu (yang ada dalam ajaran Nabi SAWA dan sahabat-sahabatnya) yang hingga kini pengertian hadith ini masih kabur dan tidak sorih (jelas) kerana setiap taifah (kelompok) yang taat dan patuh kepada risalah Nabi SAWA sudah tentu akan menonjolkan dirinya sebagai apa yang dimaksudkan oleh hadith tersebut. Selanjutnya kata Syeikh Abduh:"Namun yang membuat hati saya lega kerana adanya hadith yang menyebutkan bahawa firqah yang binasa (halak) adalah satu firqah.[Al-Manar, Juzuk 8, hlm.221-222]
Berdasarkan hal di atas, maka ada dua ciri penting firqah najiyyah; ciri pertama adanya firqah najiyyah dan pada pengertian lain dilambangkan sebagai firqah halak . Dengan demikian, tidak boleh bersandarkan pada hal tersebut kerana:
Dirawikan oleh Ibnu Majah dari Auf ibn Malik bahwa Rasulullah SAWA bersabda:"Kaum Yahudi berpecah….Demi Zat yang diriku ada di tanganNya, sungguh umatku akan berpecah menjadi 73 firqah, satu firqah di syurga sedang 72 di neraka." Siapakah mereka itu Ya Rasulullah? Tanya sahabat."Al-Jama'ah," jawab beliau.[Sunah Ibn Majah, Juzuk 2, hlm.479] Sementara pada riwayat lain Nabi SAWA berkata:"Millah ini akan berpecah menjadi 73. 72 di neraka sedang satu millah di syurga iaitu al-Jama'ah."[Sunan Abu Daud, Juzuk 4, hlm.198; al-Mustadrak, Juzuk I, hlm. 128] Dan setelah mengamati kedua hadith itu, maka hadith yang pertama tampak adanya dhamir jamak dan dhamir mufrad pada hadith kedua. Jadi hal ini menguatkan kembalinya dhamir pada hadith pertama, iaitu ditujukan kepada 72 sedangkan kembalinya dhamir mufrad ditujukan kepada lafadz wahidah. Atas dasar itulah, lafadz al-Jamaah adakalanya dilambangkan sebagai kebinasaan (halak) dan adakalanya dilambangkan sebagai keselamatan (najah). Padahal sebahagian besar nas hadith tidak menyebutkan ungkapan itu. Dan tidak benar jika dikatakan bahawa siperawi tidak mengutipnya, atau melupakannya kerana upaya menyebutkan ciri-ciri firqah najiyyah atau firqah selain itu (halak) merupakan perkara penting dalam perbahasan ini.
Ada juga hadith yang menyebutkan kata al-Islam, yang dikaitkan dengan kata al-jamaah padahal kata al-Islam tidak perlu diberikan tambahan kata al-Jamaah kerana telah terang dan jelas bahawa Islam adalah al-Haqq. Namun yang amat penting adalah mengenali siapa Muslim dan siapa yang tidak.
Ciri yang kedua, riwayat hadith dengan pengertian 'ma ana alahil-yaum wa-ashabi' atau 'ma ana alahi wa-ashabi'. Dalam pada itu lambang najah (keselamatan-kejayaan) jelas sekali. Pertama, pada sebahagian nas riwayat tidak dijumpai adanya tambahan semacam itu. Dan tidak benar jika dikaitkan bahawa siperawi tidak menukilkannya kerana beranggapan hal itu tidak penting. Kedua, satu-satunya ukuran kebinasaan (halak) dan keselamatan (najah) adalah peribadi Nabi SAWA. Adapun mengenai para sahabatnya, tidak boleh menjadikan mereka ukuran pemberi hidayah dan keselamatan. Jadi,jika mereka ternyata membangkang atau menyalahi beliau SAWA sedikit atau banyak, maka tidak mungkin menjadikan mereka contoh teladan pembawa keselamatan. Atas dasar itu, maka sangat menghairan jika perbuatan 'wa as-ahabi' dirangkaikan dengan perbuatan Nabi SAWA. Ketiga, sahabat beliau secara keseluruhannya atau secara majoriti. Jadi, pengertian mafhum yang pertama, dianggapkan tidak ada ikhlilaf sahabat dalam kecenderungan dan sikap politik dan keagamaan mereka setelah Rasulullah SAWA wafat. Padahal yang terjadi adalah sebaliknya. Berlaku perselisihan di Saqifah Bani Sai'dah dan peristiwa-peristiwa selepasnya. Dan mafhum yang kedua, iaitu hal yang tidak perhatikan oleh Ahlul Sunnah bahwa majoriti sahabat telah menyalahi pelakuan khalifah ketiga (Uthman bin Affan) yang menjadi korban pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang Mesir dan Kufah yang disaksikan oleh sebahagian sahabat.
(Memetik satu ungkapan):
"Setiap lelaki menganggap dirinya
pernah berhubungan cinta dengan Si-Laila
namun demikian, Si-Laila
menolak dakwaan mereka".
Dan tentunya menyalahi kenyataan jika 'ashabi' (sahabat) ditafsirkan sebagai majoriti. Menurut dugaan, tambahan itu adalah dari siperawi hadith demi menguatkan kedudukan sahabat dan menjadikan mereka tumpuan satu-satunya barisan sebagai penyuluh hidayah setelah beliau SAWA wafat. Dan saya kira bahawa Rasul al-Hidayah ialah yang dapat memberikan batasan firqah najiyyah dengan ciri-ciri yang terang dan nyata kerana setiap firqah akan menganggap dirinya termasuk 'ma alaihin-Nabi' atau juga 'ma alahi as-ashabuhu.'
Akhirnya kami kutipkan sebuah hadith dari al-Hakim bahwa Nabi SAWA bersabda:"Firqah yang terbesar adalah kaum yang menyelesaikan perkara dengan pendapatnya sendiri (rakyu)." Tambahan itu disisipkan ke dalam hadith oleh sebahagian Muslimin Ahlul Sunnah untuk mengecam ashabul qiyas. Padahal qiyas menurut pengertian usuli (usul fiqh) adalah permasalahan yang belum dikenal pasti oleh para sahabat. Bahkan pada zaman timbulnya hadith iftiraq (hadith 73 golongan di atas), sabda Nabi SAWA yang memberikan batasan tentang firqah binasa tidak dikenal.
 
 
Hadith-hadith Tentang Masa Depan Sahabat
Amat banyak hadih Nabi SAWA yang menerangkan keadaan masa depan sahabat sehingga membuat kami berpaling tidak berpegang pada ajaran dan ideologi mereka, dan tidak menerima kesahihan pada penghujung sebahagian daripada riwayat yang lalu seperti kalimat 'ma ana alaihi wa-ashabi' kerana Nabi SAWA telah memberitakan ehwal mereka setelah peninggalan beliau SAWA seperti mengada-adakan perkara mungkar serta bida'ah yang diharamkan sehingga mereka pun banyak berpaling menjadi murtad. Akibat perlakuan demkian itu mereka dijauhkan dari al-Haudh (di akhirat kelak), dan mereka pun saling menjauhkan diri darinya. Hadith-hadith seperti itu diriwayatkan oleh Syeikhain (Bukhari dan Muslim) dan selainnya. Ibn Atsir juga menghimpunkannya dalam kitab Jamiul Usul pada Bab IV ketika membahas al-Haudh, as-Sirat dan al-Mizan. Berikut ini dikutip sebahagian daripada hadith-hadith tersebut:

  1. As-Syeikhain merawikan dari Abdullah ibn Masud bahwa Rasulullah SAWA bersabda:"Aku akan menjadi pendahulu kamu di telaga al-Haudh. Sungguh, benar-benar akan dihadirkan kepadaku orang-orang di antara kalian, hingga ketika dihulurkan (tanganku) untuk menggapai mereka, mereka malah menjauh ketakutan dariku. Aku pun berkata:'Ya Rabb, (mereka) sahabatku? Allah menjawab:'Sungguhnya engkau tidak mengetahui pelakuan mereka yang mreka lakukan sepeninggalanmu."

  2. Dirawikan oleh Syeikhain bahawa Rasulullah SAWA berkata:"Akan datang mengunjungiku pada hari kiamat sekelompok sahabatku atau (menurut riwayat lain dari umatku). Tetapi mereka dijauhkan dari al-Haudh.Lalu aku bertanya:"Ya Rabb, sahabatku? Dia berkata:'Sesungguhnya engkau tidak mengetahui perlakuan yang mereka lakukan sepeninggalanmu. Pada dasarnya mereka berpaling ke belakang."
Dan masih banyak lagi hadith Nabi Mulia SAWA tentang masalah itu sehingga kita tidak boleh tergesa-gesa mengambil kesimpulan bahawa seluruh sahabat adalah baik dan adil belaka (udul) semata-mata hanya kerana mereka bersahabat dengan beliau SAWA. Dan cukup kiranya mengetahui secara umum melalui fakta kefasiqan, kemurtadan serta bida'ah mereka. Dan pengetahuan umum mengenai keadaan mereka ini membuat kami tidak dapat membenarkan setiap sahabat itu adil, bahawa majoriti sahabat jika bersepakat atas sesuatu persoalan dijadikan sebagai dalil atau bukti kebenaran dan keabsahannya.
Namun hal itu tidak bererti bahawa seluruh sahabat berperangai dan berperilaku sedemikian itu. Banyak di antara sahabat Nabi SAWA yang tsiqah (dipercayai) keadilannya serta golongan muttaqun (bertaqwa).
 
 
Firqah Najiyyah Di Bawah Sorotan Nas-nas Lain
Seandainya Syeikh al-Azhar (Muhammad Abduh) merujuk kepada nas-nas Nabi SAW yang lain nescaya dia akan memperolehi gambaran adanya firqah najiyyah yang jelas kerana nas-nas Nabi SAWA antara satu dengan yang lain saling mengikat, sebahagiannya menerangkan sebahagian yang lain. Dan berikut ini kutipan beberapa hadith Nabi SAWA yang memiliki kaitan yang kuat dan menjelaskan hadith yang lalu.

 
Hadith Ats-Tsaqalain
Rasul bersabda:"Wahai manusia, aku tinggalkan sesuatu yang akan menghindarkan kamu dari kesesatan selagi kami berpegang teguh padanya: Kitabullah dan Itrahku, Ahlul Baytku."[Tirmidzi dan Nasai dalam Sahih mereka; Kanzul Ummalm Juzuk I, hlm.44]
Imam Ahmad Hambali merawikan dari Nabi SAWA bahawa Nabi SAWA bersabda:"Aku tinggalkan kepadamu kedua penggantiku Kitabullah, tali penghubung yang terentang antara langit dan bumi, dan Itrahku, Ahlul Baytku. Keduanya tidak akan berpisah sehingga berjumpa denganku di telaga al-Haudh."[Musnad, Juzuk 5, hlm.182-189]
Al-Hakim dalam Mustadraknya juga meriwayatkan dari Nabi Mulia SAWA yang berkata:"Aku berasa segera akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan menunaikan panggilan itu. Aku tinggalkan padamu al-Tsaqalain (dua perkara berat) iaitu Kitabullah Azza Wa-Jalla serta Itrahku, Kitabullah, tali penghubung antara langit dan bumi. Dan Itrahku, Ahlul Baytku. Dan sesungguhnya (Allah) Yang Maha Mengetahui telah berfirman kepadaku bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga berjumpa kembali denganku di al-Haudh. Perhatikan baik-baik keduanya sepeninggalanku itu." ."[Mustadrak, Juzuk 3, hlm. 148]
Meskipun nas-nas di atas satu sama lain berbeza matan dan rawinya, namun hal itu tidak berpengaruh sama sekali kerana Nabi SAWA telah berulang kali menyampaikan pesanan-pesanannya itu di beberapa tempat yang berlainan. Di antaranya disebutkan bahawa hadith itu diucapkan Rasulullah SAWA di Arafah pada waktu melakukan Haji Wada'. Kemudian beliau mengucapkan lagi ketika sakit menjelang wafat beliau SAWA di hadapan para sahabat yang memenuhi ruangan kamar beliau SAWA. Lalu beliau pernah jgua mengucapkannya di Ghadir Khum. Ada pula riwayat yang menyebutkan ucapan beliau itu di saat Nabi SAWA pulang dari Taif ketika beliau SAWA berpidato di hadapan para sahabat. Nah, demikian itu Rasulullah SAWA sengaja mengulang-ulangi pesanan itu di pelbagai tempat dan situasi yang tidak lain untuk menunjukkan betapa besar perhatian beliau terhadap al-Kitab al-Aziz dan Itrah Tahirah.[Lihat al-Muraja'at, dialog nombor 8].
Mengamati hadith-hadith tersebut yang telah mencapai tingkat mutawatir yang tidak akan ada tandingannya kecuali hadith al-Ghadir yang memandu manusia kepada hukum dan bagi yang tidak berpegang pada kedua-duanya akan tersesat. Jadi, mereka yang berpegang pada kedua-duanya adalah firqah najiyyah.
At-Tabrani telah menukilkan ucapan Rasul SAWA pada penghujung hadith:
"….maka janganlah kamu mendahului keduanya, nanti kamu binasa.Jangan pula kamu ketinggalan dari mereka, nanti kamu celaka. Dan jangan mengajari mereka sebab mereka itu lebih mengerti dari kamu."[As-Sawaiq al-Muhriqah, hlm.135]

 
[Disesuaikan dari buku Al-Milal Wan-Nihal, Syeikh Ja'far Subhani, terjemahan Indonesia, Penerbit al-Hadi, 1997, Bab I, hlm. 6-17]
 

Tuesday, June 1, 2010

Detik-detik Pembantaian Militer Israel terhadap Aktivis Kemanusiaan

Selasa, 01/06/2010 09:50 WIB | email | print | share
Relawan aktivis kemanusiaan mancanegara dalam sebuah konferensi pers beberapa saat sebelum militer Israel menembaki mereka.
Nakhoda kapal bersama dengan anak laki-lakinya yang masih berusia 1 tahun ikut serta dalam rombongan armada kebebasan. Israel membabi buta melepaskan tembakan gas air mata di dalam kapal meskipun ada anak kecil di dalam.
Helikopter tempur Israel mulai mendekati kapal Mavi Marmara.
Pasukan Israel dari dalam helikopter bersiap turun ke dalam pasukan sambil melakukan penembakan secara membabi buta.
Pasukan Israel telah berada di atas kapal dan langsung melepaskan tembakan gas air mata.
Dan korban-korban mulai berguguran akibat ulah brutal militer Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang sama sekali bukan militer dan membawa senjata.
(fq/wb)

SEKILAS PANDANG........

Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

December 1, 2008
20 Muharram 1423 AH
4 April 2002
Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu “jentera peperangan” Yahudi?
Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:
Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.
Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.
Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: “Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).  Allah swt juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10).  Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim].
Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita  yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.
Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).

‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.
Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).
RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.
Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak.
Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.
Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut  dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.
Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.
Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.
“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”
“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails