Wednesday, December 30, 2009

TATKALA HATI INI BERBICARA...

Assalammualaikum kepada semua yang mengenali diri ini. pertamanya ingin saya memohon beribu kemaafan kerana sudah sekian lama saya menyepikan diri dari alam maya ini. Namun hadirnya saya padakali ini adalah sebagai seorang yang sedang berkhayal di Alam maya dalam usaha mennghadirkan satu kesedaran umum yang mampu untuk kita berkongsi didalam posting saya untuK kali ini "TATKALA HATI BERBICARA" yang pasti membawa seribu serba satu maksud yang tak terungkai dengan akal khayalan yang mula belayar dilautan air liur berpandukan peta yang terukir diatas bantai...
"semalam telah pun berlalu hari esok bertemu lagi" bertapa ruginya seorang manusia yang menghabiskan masanya dengan hati yang sentiasa leka,amal yang rugi,hati yang tidur ,jiwa yang asyik,akal yang malap dan mulut yang tak reti bersyukur...
"MANUSIA" mengapa manusia ini wujud ? diri yang sentiasa lupa,hati yang kufur,jiwa yang gelap, mulut yang berat, mata yang tertutup !!!!! kalau tugasnya untuk melakukan perkara yang kufur,perosak,membunuh,pelupa,pemalas,penyusah,pencuri,penganas,memfitnah,tamak,angkuh,
sesat,riya',jahil,....."MENGAPA ?"
apakah yang anda lihat ? apa jawapan anda ?kalu bukan anda itu seorang yang tak kenang budi bila diberi nia'mat, apa yang anda rasa ? dalam sehari berapa kali anda bernafas,dalam sehari berapa patah perkataan yang anda ungkap,dalam sehari berapa kali anda bergerak????? namum dalam sehari berapa kali anda menyebut namanya,mengingatinya,beryukur padanya....BERAPA KALI anda sebut daalam sehari? setimpalkah dengan jumlah udara yang anda sedut, jumlah perkataan yang anda sebut , jumlah pergerakan yang anda lakukan....
"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib"
wahai saudaraku yang budiman tatkala hati berbicara sudah pasti pelbagai cakna yang dicetuskan didalam jiwa kita yang sentiasa merenung, kadang kala berbicara dihati kecil ini tatkala akal mula berfikir jiwa yang mula merasa hati yang merenung, mata yang kagum, betapa beruntungnya kita ini dilahirkan sebagai manusia dan betapa bersyukurnya kita kepada Allah kerana kita ini dilahir sebagai manusia. Bukannya lembu,kambing,pokok,cacing dan sebagainya.
namum beringatlah kita sebagai manusia ini bukan untuk diagungkan sebenarnya kita ini dibebankan dengan AMANAH dan tugas yang berat. yang pasti bila kita gagal melaksanakannya
maka padahlah yang menanti kita, pernah
saidina Abu Bakar As-Siddiq berkata " Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah "beringat wahai saudaraku basahilah bibir anda dengan zikir ringankanlah tubuh anda dalam amal kebajikan,tadahlah tangan anda supaya jauh dari segala fitnah dunia yang sentiasa melanda pada kita supaya hati sentiasa thabit kepada Allah dan diberikan i'anayahnya kepada kita yang
sentiasa mengingatinya.
Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika
kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga
kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat
keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “
apabila dia memang tidak tahu "
Inilah sahabat rasullullah yang mendapat gelaran sebaagai pintu ilmu maka apa yang terkandung diatas itu adalah kuncinya laksanakanlah wasiat ini sebaik mungkin.bukan nafsu yang mengila,ganjaran dunia yang diharap, maruah ilmu yang digadai, pangkat atau nama yang dicari.


" YA ALLAH JAUHILAH AKU DARI KALAM YANG PALSU, YA ALLAH BANTUKANLAH AKU UNTUK BERCAKAP BENAR YA ALLAH KAU KUATKANLAH HATI INI UNTUK MENYERU KEPADA PERKARA YANG BENAR "
prinsip yang sentiasa tergadai kerana fitnah dunia, kalam yang batil kerana hati yang tamak, ilmu yang tercemar kerana pangkat, hati yang sentiasa dihurung dengan titik titk hitam yang tak bernoktah.

" Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan"


-Al-Ahnaf bin Qais-

" hatta hati berbicara memuhasabah diri yang penuh dosa, di saat manusia memohon keampunan " disaat sakkaratul maut datang menghampiri kita disaat rumah kata pergi kubur kata datang "
adakah ketika itu kita berazam untuk insaf ? sedarlah dunia sebagai tempat untuk sementara bukan hak milik kekal.

"Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui
kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya
melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang
yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang
telah mati"
beringatlah sesungguhnya Allah telah bersumpah demi masa' manusia dalam kerugian"

Wahai saudaraku marilah sama sama kita renung muhasabah diri ini sesungguhnya kita sentiasa dalam kerugian.beringatlah ...

Feat. M Nasir

From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Malique lyrics - Mentera Beradu lyrics
Masih belum sempurna...

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...

Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acap belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...

No comments:

Post a Comment

anda mungkin juga meminati ini

Related Posts with Thumbnails